Wednesday, February 21, 2018

* Eijaz's Babyfood Preparation*

Assalam alaykom... tiba-tiba bila lil' Eijaz disahkan kurang zat oleh doktor maka Umy terus gelabah mencari kaedah untuk menambahkan zat anakanda. Kisahnya lil' Eijaz masih belum bisa duduk sendiri pada usia 6 bulan maka saya tidak memperkenalkan makanan kepadanya. Lain doktor lain pula nasikatnya. Ada yang membenarkan makanan kepada bayi seawal 4 bulan tetapi saya mengikut saranan 6 bulan pertama hanya memberi susu BMI kepada lil' Eijaz. Apabila anakanda dikatakan kurang zat dan perlu diberi makanan maka saya terus memberinya Cerelac tetapi dek kerna anakanda berterusan batuk ketika itu, maka disarankan agar tidak memberi makanan berbentuk segera. 

Kemudian gigih Umy mencari resepi dan membaca kaedah penyediaan makanan untuk bekalan ke taska. Semasa lil' Emir dahulu, saya tidak pernah memasak bubur sendiri kerana makanan beliau disediakan oleh babysitter. Pening juga mula-mula mencari tips penyediaan makanan dan yang penting memudahkan cara dek kerna masa yang terhad untuk berada lebih lama di dapur. 

So saya kongsikan kaedah ringkas penyediaan bekalan bayi untuk ke taska. Masak untuk bekalan dua ke tiga hari dan disimpan di bahagian deep freezer. Untuk mudah saya simpan dalam bekas Avent dengan kuantiti sekali makan dan senang untuk dipanaskan menggunakan microwave selama dua minit sebelum dicairkan menggunakan air panas suam atau jika lebih rajin panaskan atas dapur dengan api perlahan. Setiap hari saya akan bekalkan dua bekas untuk makan pagi dan tengahari serta makan malam turut makan nasi bubur yang sama. 

Menu untuk bayi 7 bulan ke atas.


Menu pertama: Nasi Carrot
Beras, Carrot dan kacang hijau. Sekarang saya terus belikan mixed vegetables dan masakan perlahan bersama segenggam beras.

Broccoli di potong kecil dan stim untuk dimakan begitu sahaja. Pisang pulan lil' Eijaz sudah bisa makan terus atau dilenyek sahaja. 


Menu: Nasi Tomato
Beras, tomato, sedikit bawang besar, bawang putih dan cheese untuk menambah rasa


nasi yang dimasak di masukkan sedikit minyak zaiton


Rupa nasi yang telah dimasak. Ketika ini saya tambahkan seketul dua ayam. Setelah sejuk boleh blend nasi.

Nasi Tomato dan Nasi Carrot


Hidangan disimpan dalam bekas Avent untuk sekali makan dengan anggaran 100ml. Semasa panaskan tambahkan sedikit air mengikut kesesuaian. 

Kemudian labelkan bekas agar tidak terlupa tarikh penyediaan (sekiranya banyak bekas). Saya hanya sediakan untuk bekalan 6 atau 8 bekas untuk sekali masak. Selain itu, boleh juga sediakan biskut atau keropok dalam bekas kecil untuk kudapan bayi. 

Hopefully lil' Eijaz diberi kesihatan yang baik dan akan bertambah zatnya. Ameen. Selamat Mencuba!!! 

No comments:

Post a Comment