Saturday, October 21, 2017

* Hello October!!! *


mrs tender @ STJ

Assalam alaykom... pantas benar masa berlalu dan pejam celik telah masuk ke bulan kelahiran saya iaitu bulan October. Niat di hati mahu update cerita namun dek kerna kekangan masa maka saya hanya aktif di laman Instagram sahaja yang lebih ringkas tanpa berbicara. Tetapi benar tidak sama dengan blog yang mana cerita lebih mudah dirujuk pada masa hadapan. 

Banyak yang berlaku dan banyak juga progress terkini kerja. Yang pasti gambar mrs Cyana di atas adalah di tapak salah satu projek khas atau pilt projek menceriakan kilang. Dimana team saya walaupun penglibatan hanya sepuluh peratus dari keseluruhan projek namun apa yang penting memastikan kerja itu tersusun dan mengikut SOP tender seadanya. Benar orang hanya melihat saya tersenyum dan tertawa sekurangnya mengimbangi stress kerja yanng agak luar biasa. Namun sebagai Sekretariat saya harus sentiasa tersenyum di paksi tengah antara pengguna dan sentiasa mencari pendekatan untuk menaturalkan suasana. 

Anyway... welcome October bulan sambutan projek pilot yang mungkin saya bisa berkongsi ceritanya kelak. InshaAllah. 


No comments:

Post a Comment