Monday, June 19, 2017

* CTam && ATam *

Assalam alaykom... quick update tentang si Hitam kesayangan yang agak lama tidak mendapat ruang cerita di blog kesayangan. owh.. biar gambar berbicara kerna bukan sahaja empunya si Hitam sibuk mahu beraya, kedua-dua si Hitam juga turut serta mahu beraya dengan dipercantikkan bak kata 'go workshop and touch up'. BTW jika dahulu saya lebih banyak masa dengan CTam (refer to my dear Civic Hitam), kini saya beralih pula meluang masa bersama ATam (refer to Aveo Hitam). Maksudnya harian saya memandu ATam dan hubby Moose yang memandu CTam dek kerna mrs Cyana hanya mengguna kereta untuk pergi kerja berjarak dekat dan menghantar anakanda ke Nursery. Dalam erti kata lain kereta bawa ke pasar... ahaks! Setakat ini jarak ATam paling jauh berulang ke Subang Suria ketika lil' Emir dihantar kepada Mama Yus disana. Kini nursery dekat dengan kediaman maka ATam hanya berpusing dalam sekitar Shah Alam dan sesekali ke Subang atau Setia Alam... owh One Utama Damansara juga pernah sampai dek kerna boling dan shoppin'... hehe. 

Alhamdulillah rezeki raya dapat ATam bersalin pakaian baru kerna saya menghantarnya untuk dicat semula dek kerna warnanya yang telah pudar.. almaklum kereta berusia lebih 15 tahun. Seperti biasa kedai cat kereta kegemaran terletak di Seksyen 25 Sri Muda, recommended dengan harga yang berpatutan dan cepat siap serta finishing kemas. Empat hari ATam masuk workshop dan pulang dengan pakaian berkilat. Smile!!! 

ATam dengan cat hitam yang baru


berkilat dan kelihatan seperti kereta baru 

kemudian menukar juga drive shaft depan yang telah uzur

ATam yang menjadi teman setia mrs Cyana... 
owh penting bagi saya kereta bersih dan kemas kerna ianya juga akan menggambarkan imej pemiliknya


manakala CTam pula bersalin sport rim dan tayar baru.... hmm

. my dear CTam yang akan menjangkau usi 5 tahun pada Oktober nanti. 

okay... kereta turut sama semangat mahu beraya. 
Thank you to CTam dan ATam yang membawa kami sekeluarga dengan selamat. Alhamdullilah. 

Mood raya is ON! 

No comments:

Post a Comment