Tuesday, February 21, 2017

* Emir's 2nd Birthday | Taska Ijtihad *

Assalam alaykom... masih lagi kisah cerita sambutan ulang tahun kelahiran lil' Emir yang diadakan secara ringkas di taska penjagaannya. Kisahnya lil' Emir telah mula ke taska sejak Februari 2017 yang mana kami terpaksa menukar pengasuh memandangkan babysister lil' Emir a.k.a MAMAYUS tidak bisa menjaganya lagi kerna perlu menguruskan jadual anak-anak sekolah. InshaALLAH jika diberi keizinan saya akan bercerita tentang pengalaman lil' Emir bersama MAMAYUS. Ketika keputusan diambil untuk menghantar Emir ke taska, kami juga membuat kaji selidik dan dengan harapan Emir dapat menyesuaikan diri berada di taska kerna selama ini beliau hanya dijaga oleh babysister atau Aby Moose sahaja. 

Sepatutnya sambutan kelahiran dibuat pada tanggal hari lahirnya namun dek kerna lil' Emir bercuti maka kami menyambutnya pada petang Jumaat sebelum waktu pulang. Ketika majlisnya, lil' Emir masih lagi belum bisa menyesuaikan diri sepenuhnya dan akan mudah menangis. Namun dari pengamatan saya selama beberapa hari di Taska Ijtihad, keadaannya di situ lebih mengikut disiplin contohnya waktu makan dan bermain mengikut jadual. Alhamdullillah. 

Okay... dek kerna Umy bekerja, maka saya hanya sempat menyediakan kek, nuggets, fries dan sedikit goodies untuk rakan-rakan lil' Emir. Goodies pastinya hasil tangan sendiri.. smiley me! 

chocolate cake for lil' Emir

sesi meniup lilin yang sedikit syahdu kerna baru lepas menangis 
{terharu nampak Aby mungkin}

lil' celebration for lil' Emir

look at them... semuanya sopan duduk menikmati makanan

Jiddah, lil' Yumna and lil' Sumayya turut hadir meraikan lil' Emir

beratur untuk goodies

sesi penyampaian goodies oleh besday boy

so sweet!

comel sangat sebab semua beratur dan menurut kata

last but not least... lil' Emir and his friends

No comments:

Post a Comment