Tuesday, February 21, 2017

* the ELMO's theme Birthday | the Details *

Assalaam alaykom... kisah mengenai details HiTea Birthday lil' Emir yang bertema ELMO dengan konsep warna merah dan putih. Pertama pemilihan watak ELMO kerna lil' Emir mula sekali mengenali ELMO melalui youtube maka apabila mahu menonton youtube, beliau akan menyebut ELMO. ELMO juga dirujuk sebagai komputer-nya dan banyak koleksi video lagu-lagu yang dipelajari beliau melalui ELMO. Pada asalnya ELMO sepatutnya dibuat pada tahun pertama sambutan kelahiran namun dek kerna Umy yang mahukan tema Cookies Monster maka ELMO ditunda ke tahun lain. hehe. Seperti mana tahun lalu ketika pemilihan antara Cookies Monster dan Boov, saya memilih watak kumpulan rakan-rakan ELMO. owh... btw Cookies Monster dilahirkan dahulu sebelum ELMO tetapi karektor ELMO yang lebih aktif, maka beliau popular dikalangan rakan taulannya. 

Kali ini terdapat juga dua pilihan iaitu ELMO atau Minions. Umy seperti biasa akan membuat survey tema konsep dan warna. Dek kerna memikirkan ELMO yang terlebih dahulu dikenali lil' Emir maka tema ELMO terpilih. Warna merah diambil semperna ELMO tetapi putih ditukar dengan oren kerna mengikut baju Umy. hahaha... actually Umy yang teringin tema ALL WHITE. hehe... tetapi yang sebetulnya kerna barang-barang deco kebanyakan putih. Oleh itu terciptalah tema merah dan putih. hiks!

Let's share the 'details'  of the ELMO's theme party!
Umy and lil' Emir

the candy table

the ELMO cake by Sugarandi and the cake topper by AkudanKraf

the signature centerpiece

the red daisies... 
the sticker design by hubby Moose and printed by Parteeandsuch


the deco table by Umy Cyana

the signature ring pose

the red goodies bags by Cyana

owh.. memandangkan warna merah dan putih habis maka terpaksa sediakan brown goodies bags for kiddo

 titbits untuk tetamu

the babyshower glass by Umy Cyana 
{gelas net putih yang disediakan untuk tetamu wanita}

soooooo cute!!!!
the ELMO cookies by Ilaniyaacob 

 the cake design yang dipilih oleh Umy Cyana

 the food corner
{memandangkan Timy a.k.a Mamatisya tidak dapat hadir, maka semua gambo makanan tidak dirakamkan dengan terperinci.. ahaks}

 roti jala dan popia goreng

 sandwich dan kentang goreng

 buah-buahan... owh pinggan merah putih tu saya yang bawakan sebab nak sama tema.. hehe

 bihun goreng

 kari ayam untuk dimakan dengan roti jala

my favourite spot!!!! 
hadiah-hadiah tema Best Dress Award juga disediakan untuk tetamu yang mengikut tema


Alhamdullillah... pastinya saya yang sangat gembira walau terasa letih menyediakan barangan pada waktu-waktu akhir walaupun survey item telah bermula sebulan lamanya. hehe. Kali ini saya lebih banyak membuat survey online melalui Instagram dan mendapatkan beberapa quotation sebelum membuat pemilihan akhir. Untuk rekod lapan cafe yang ditanya dan hanya dua tidak memberi maklum balas. Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan harga makanan, susun atur hiasan cafe dan jarak dari kediaman. ELMO cake juga saya survey dari empat bakers tetapi akhirnya saya mendapat harga yang terbaik dan kek sedap dari rakan pemilik cafe. Cookies pula dari dua pembekal dan ELMO goodies yang paling mudah kerna saya terus berhubung dengan rakan lama iaitu pemilik Parteeandsuch yang telah beberapa kali mengulangi perkhidmatannya.  Barangan lain dibeli dari Lazada dan pastinya survey di beberapa kedai sekitar Shah Alam sebelum membeli. Kesimpulannya lebih banyak masa survey dari masa membeli-belah.. ahaks! 

Thanks to hubby Moose yang sudi melayan kerenah wifey yang sedang mengandung enam bulan namun tetap mahupun majlis untuk lil' Emir sebelum perlu berkongsi majlis dengan bakal adinda. hiks. Alhamdullillah penat berbalas dengan kegembiraan kemeriahan majlis dan juga riang tawa anakanda terchenta. 

Thank you ALLAH swt.


No comments:

Post a Comment