Saturday, November 15, 2014

* Hari Wanita BERNAS 2014 *

Date: 7th-9th November 2014
Location: Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Bangi Selangor

Assalaam alaykom... Program Hari Wanita BERNAS 2014 anjuran Biro Ekonomi & Wanita Kelab BERNAS Malaysia dan Seksyen Unit Hubungan Kakitangan dengan kerjasama Kelab BERNAS Malaysia cawangan Ibu Pejabat telah berjaya dianjurkan dari 7 sehingga 9 November 2014 bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Bangi Selangor (KUIS) yang mana mengumpulkan 52 orang peserta yang datangnya dari seluruh Malaysia. Program tahunan khas buat para wanita kali kedua ini berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan tema "Aspirasi Wanita BERNAS". 

Antara aktiviti yang disediakan adalah solat jemaah, tazkirah, tazkirah pagi bersama Ustaz Don Daniel, senamrobik, pertandingan memasak, pertandingan gubahan sireh, pertandingan keceriaan gerai, sukaneka dan majlis makan malam yang dihiburkan dengan pertandingan pakaian tradisional serta persembahan peserta. Alhamdullillah program Wanita berjalan lancar walaupun kami menghadapi beberapa kekangan namun kehadiran Presiden Kelab BERNAS Malaysia dan tetamu hadir memeriahkan majlis. Selain itu majlis juga telah menyampaikan Anugerah Tokoh Wanita "Aspirasi Wanita BERNAS 2014" kepada Yang Berbahagia Puan Hajjah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, pengarah urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd di atas kegigihan beliau menerajui bidang perniagaan dan menaikkan martabat wanita di mata dunia.

Anyway mrs Cyana bertugas sebagai AJK Induk Program Hari Wanita turut memikul tanggungjawab sebagai mrs Emcee dan mengendalikan sesi rehearsal persembahan. Pastinya kali ini pengalaman manis adalah kali pertama dan terakhir bertugas bersama lil' One di dalam kandungan. owh... kali terakhir juga bertugas sebagai single lady namun saya akui cabarannya saya lebih cepat penat dan habis air berbotol-botol mungkin kerna badan kurang rehat kerna mahu memastikan persiapan akhir program berjalan lancar. Alhamdullillah lil' One tetap memberi mommy-to-be beraksi dengan cemerlang tanpa menunjukkan kepenatan walaupun sebenarnya mahu sahaja saya duduk dan tidur. ahaks!

okay... dipendekkan cerita jom melayan gambo kerna banyak lagi entry Pinky bakal muncul selepas ini. Enjoys!


Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Bangi Selangor

 Masjid KUIS yang cantik 


antara AJK yang bertugas 

 sesi pendaftaran 

 bergambar kenangan bersama Ustazah selepas sesi jemaah maghrib dan Isya'

 sesi taklimat peserta

 two main ladies yang sama suka bercakap tanpa henti

  sesi tazkirah pagi bersama Ustaz Don

 then sesi bergambar kenangan bersama Ustaz Don





 kemudian senamrobik


 berkumpul di padang untuk sesi taklimat pertandingan 

 Chef Liza memberi penerangan pertandingan memasak

 antara bahan-bahan yang disediakan

 gerai-gerai dihias indah

 antara gubahan sireh bertema frozen

 gubahan sireh 

 masakan utama ketam

harimau turut menyerikan gerai


 Kumpulan Seri Utara Ayu

  Kumpulan Gadis Gunung Ledang

  Kumpulan Qaseh Honey

  Kumpulan Mahkota Kasihku

  Kumpulan Fabolous Kumang

 Kumpulan Azzahra

  Kumpulan Sumandak Sabah

  Kumpulan Seri Selangor

  Kumpulan Dazzling Daisies

Kumpulan Indera Kayangan

  Kumpulan Seri Mahsuri

 Kumpulan Setia

  Kumpulan Meqar Qaseh

 masa untuk penilaian masakan

 Chef Liza berkongsi pengalaman memasak

 sesi merasa makanan

makan makan makan

masa mengira markah

 mrs Cyana with Chef Liza


sesi sukaneka

 permainan kad manila

 Kenangan bersama Chef Liza

dinner tyme

gubahan sireh yang dipertontonkan pada malam majlis makan malam

 hadiah-hadiah yang bakal dibawa pulang

hadiah-hadiah cabutan bertuah

 pertandingan pakaian tradisional

miss Maria yang mengenakan pakaian tradisional kaum Sarawak

Anugerah Tokoh Wanita "Aspirasi Wanita BERNAS 2014" kepada Yang Berbahagia Puan Hajjah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, pengarah urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd

 pemenang tempat ketiga pakaian tradisional

  pemenang tempat kedua pakaian tradisional

  pemenang tempat pertama pakaian tradisional

 semua peserta pakaian tradisional bergambar dengan YDP Ibu Pejabat

 Kumpulan Fabolous Kumang


 Kumpulan Setia

 Kumpulan Seri Utara Ayu

 Kumpulan Sumandak Sabah

 Kumpulan Seri Selangor

 Kumpulan Azzahra

 Kumpulan Indera Kayangan

  Kumpulan Qaseh Honey

 Kumpulan Mutiara Kasihku

Kumpulan Meqar Qaseh

  Tempat Ketiga... Kumpulan Sri Mahsuri


Tempat Kedua... Kumpulan Gadis Gunung Ledang

 Tempat Pertama... Kumpulan Dazzling Daisies 

 momento penghargaan buat Presiden Kelab BERNAS Malaysia

mrs Cyana in pose!!!! 

Tahniah kepada semua AJK, penaja-penaja, para peserta serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Hari Wanita BERNAS 2014. Semoga program sebegini akan berterusan disamping dapat mengeratkan tali ukhwah sesama kami sambil bersantai dan berhibur dengan semua lapisan warga kerja. Thanks to ALL.

No comments:

Post a Comment