Sunday, June 8, 2014

* the Emcee VS the Coordinator *

emcee vs coordinator? which one suit me?

Assalaam alaykom... Pertama sekalinya saya ingin melafazkan syukur kepadaNYA yang memberi izin melancarkan semua urusan majlis perkahwinan selama dua hari yang mana saya turut diberi kepercayaan untuk menguruskan susun atur majlis tersebut. Yes! I'm nervous! Tugas saya adalah sebagai 'Event Coordinator' namun itulah tanggungjawab dibelakang tabir majlis yang saya kira amat penting bagi memastikan semuanya dilihat sempurna. Persediaan awal telah dijalankan, run-dry rehearsal juga telah diadakan sehingga ke larut malam. Dan cabaran paling getir apabila 'showtime' dan ketika itulah walkie-talkie tidak dapat berfungsi walau 5 minit sebelumnya berfungsi dengan baik. huhu. What did I do? I must react normal dan tidak cepat gelabah. btw... pengalaman bertugas sebagai 'Event Coordinator' juga membuatkan saya lebih banyak bersabar dan tidak mudah melenting serta sedia menerima tekanan. ohhh! bayangkan semasa program berlangsung dan terdapat sesuatu masalah... orang pertama yang akan menerima tohmahan adalah saya dan ketika itu juga saya perlu tenangkan orang lain serta bertindak segera menandangi masalah tersebut. hmm. 


Walau penat tak dapat terkata namun berbaloi apabila melihat kegembiraan wajah pada insan lain serta mendapat maklum balas yang amat baik.  Itu sudah cukup membuatkan saya berasa amat terharu. Tiga bulan lalu, saya menerima panggilan bahawa terdapat permintaan untuk mengendalikan majlis. ohh... ketika itu belum mendapat apa-apa rasa sehinggalah bertemu dengan bakal pengantin yang mana harapan mereka untuk mendapatkan majlis yang sempurna dengan sedikit suntikan kelainan. Permintaan itu adalah tanggungjawab saya bagi memenuhi hajat dan harapan. Menjelang majlis saya turut merasa debarannya selain daripada mengetahui bilangan angka tetamu serta tuan rumah mempunyai profail tinggi, maka protokol harus dititik beratkan. 

Alhamdullillah... client yang juga merupakan sahabat IBU mempunyai keluarga yang baik budi bahasa, sangat humble dan peramah. Keluarga besar mereka turut sama berganding bahu menjayakan majlis dan hal itu tentu sekali membuatkan saya lebih gembira bekerjasama dengan mereka yang ringan tulang dan walau keletihan tidak terasa kerna kami sering bergurau senda. Persiapan rapi telah disusun dan menjelang majlis sekali lagi membuat taklimat akhir kepada ahli keluarga selain taklimat kepada para petugas. ohh.. mungkin saya berasa sedikit kekok kerna agak lama tidak berbicara dengan mereka-mereka yang tidak dikenali. Memandangkan pada malam harinya saya sakit tekak dan bersuara serak, maka hubby Moose menghulurkan microphone... and guess what? I start talkin' and laughin'!!! hahaha. Pastinya saya mesra dengan keluarga mereka yang sangat terbuka dan bisa berjenaka sambil bertukar idea untuk memberikan yang terbaik. Thumbs up to the big happy family!

Just look at me!! non-stop talkin' tanpa skrip. hiks! Cerita penuh bakal menyusur kelak. Sekali lagi saya melafazkan syukur di atas kelancaran majlis dan semuanya pulang dalam keceriaan. Thank you very much! Syukran. 

ohh... berbalik kepada persoalan di atas, emcee atau coordinator? yang mana lebih bersesuaian dengan saya? Jawabnya yang lebih dekat dengan jiwa, saya lebih suka berperanan sebagai emcee yang dapat menyerikan majlis dan hanya perlu berdiri di pentas dan senyum. Namun tugas yang lebih mencabar adalah coordinator yang mana saya harus berjalan kesana-kesini serta bertanggungjawab memastikan kelancaran keseluruhan majlis. Ianya bergantung kepada pengurusan yang baik, kerjasama dan komunikasi dengan semua pihak. So Keep Smilin'!

No comments:

Post a Comment