Sunday, May 11, 2014

* Be Pure *

Assalaam alaykom... sedang mempunyai masa untuk berceloteh sementara mata belum untuk ditidurkan. Kebelakangan ini hormon susah bangun pagi telah kembali melanda, entah kenapa terasa mata tak bermaya untuk dibuka. hmm. Mungkin kerna mahu menepikan kerunsingan atau secara tidak sedar sedang dilanda kesedihan dek kerna perubahan ketara pengurusan yang bakal memisahkan kami semua kepada beberapa bumbung berbeza. Namun saya terimanya sebagai suatu cabaran baru yang bakal kami hadapinya dengan tenang. Mungkin selepas ini tiada lagi cermin besar untuk bergambo setiap pagi dan petang. 

Jika ditanya kenapa saya bergambo.. ianya adalah suatu minat atau mungkin sinonim dengan wanita yang suka bergambo bezanya ianya dikongsi secara terbuka melalui laman maya atau disimpan secara peribadi sahaja. Be yourself! Do what you love to do! Maka tidak hairan jika saya menggemari gambo bayangan di cermin kerna untuk merakamkan gambo candid dalam masa 2 saat memerlukan fokus dan kepantasan jari menekan butang 'snap'. Mungkin anda yang tidak suka bergambo akan berasa hairan jika melihat orang lain mengupload gambo makanan ataupun gambo berwajah itik. hahha. Tetapi itu hanyalah medium untuk berkomunikasi masa kini dan berekspresi. Oleh itu jangan hairan jika saya merakam gambo kasut dan saya tetap suka melihat kasut. hehe.

Anyway.... untuk mencipta sesuatu 'trademark' adalah sesuatu yang sukar kerna anda harus kreatif agar bila melihat kepada hasil gambo itu, orang akan mengingati jurugambarnya. So.. be creative, be pure and unique.

I love this street reflection mirror candid!

 Perbezaan gambo adalah pada senyuman bukan sahaja pada pakaian dan hijabnya

Jika dulunya agak sukar untuk saya bergambo senyum tanpa menampakkan gigi.. kini mungkin lebih mudah kerna saya berlatih setiap kali bergambo dan senyum. Yes I am! Saya berlatih berkali-kali untuk merakam sesuatu gambo agar hasilnya sharp dan seperti yang dimahukan. Apa yang penting adalah kerajinan, kepantasan dan fokus adalah paling utama. Jika buat sesuatu mestilah ikhlas dan pastinya akan memberi kesan positif kepada diri. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment