Wednesday, January 15, 2014

* what do YOU want? *

my next target.. smile!

Assalaam alaykom... Pilihan sentiasa berada di tangan anda. Walau berapa banyak pilihan atau ketika mempunyai hanya satu pilihan, tujuannya adalah memilih dan membuat keputusan. Sebagai mana bila saya berdepan dengan deretan cincin yang berbatu berkilat bersegi atau apa sahaja bentuknya, pabila tujuan itu adalah membeli maka matlamat hendaklah dilaksana dengan sempurna. Hanya diri sendiri yang tahu apa yang kita mahu... mahu bahagia mahu gembira mahu berduka mahu merana atau sebagainya. {merana itu apabila tiba-tiba apa yang dihajat tidak kesampaian... mungkin. hmm} Walaupun hanya untuk memilih sebentuk cincin, misinya harus jelas agar pilihan yang dibuat itu bisa membuahkan senyuman di bibir. hmm.

Dalam mengharungi cabaran pancaroba kehidupan, kita harus kuat dan tabah menghadapinya. Tidak kira apa jua keputusan yang dibuat, risiko adalah berani memikul pilihan tersebut. Seperti rama-rama, ia memilih untuk terbang mendekati bunga yang cantik agar menyerlah kecantikan kelopak berwarna-warninya. Begitu juga dengan kita... buat pilihan yang tepat dan baik supaya kita akan terus berdiri megah dalam kelompok manusia yang duduk diam tanpa berbuat apa-apa kerna mereka-mereka itu adalah dalam golongan yang rugi. hmm. What do I want is to be someone with a happy heart. I choose to be happy and I choose to smile. Be Strong! 

No comments:

Post a Comment