Saturday, January 25, 2014

* stability *

the stability of mr IP5

Assalam alaykom sisters.... owh, bila hashtag bersama selfie dalam erti kata lain mengambil gambo sendiri tanpa bantuan pihak kedua. Mungkin lebih mudah tersenyum sendirian daripada gambo dirakam oleh seseorang yang tidak dikenali. Kerna itu chemistry antara model dengan jurugambar adalah penting agar espresi wajah yang terhasil kelihatan natural dan senyuman lebih ikhlas. Walaupun saya seorang yang suka mengambil gambo.. akan tetapi saya akan bersama senyuman pasti bergegar jika berdepan dengan jurugambar yang tidak dikenali atau ketika mengambil gambo ramai orang sekeliling memandang. hehe. A lil' tips untuk mengambil gambo adalah pencahayaan harus mencukupi dan ketika memegang kamera, tangan mestilah genggam erat kamera tersebut... itu yang dinamakan pegangan stabil agar gambo terhasil tiada gegaran. Dan untuk menghasilkan gambo yang sharp, focus point hendaklah set di atas imej tersebut sebelum gambo dirakam. Dan yang paling penting, mesti rajin. Rajin itu dalam erti kata lain rajin melatih jari jemari memetik kamera. Itu juga sebenarnya bergantung pada minat individu. Yang pasti sepanjang bersama mr IP5, ianya masih belum mengecewakan kerna fungsi kamera yang mantop, pixel sharp dan jelas serta saiz yang sedang senang untuk di pegang. 

owh... bercerita tentang 'stability', teringkat tentang ekonomi semasa yang mana rata-rata mengalami kenaikan harga namun kelakar juga pabila mendengar perbualan antara peniaga yang telah ditemuramah melalui media yang membuat liputan tentang kenaikan harga. Ringkasan dialog seperti berikut:-

wartawan: Kakak naikkan harga makanan? 
Peniaga: Setakat ini ada sesetengah lauk yang saya naikkan harga. 
wartawan: Kenapa akak naikkan harga?
Peniaga: Barang-barang mentah di pasar semuanya naik harga, macam mana akak nak turunkan harga? 

Pengamatan saya di Foodcourt Seksyen 2 Shah Alam yang majoriti pelanggan terdiri daripada pelajar yang mana saya berkunjung ke gerai yang sama telah menaikkan harga ayam goreng seketul ke RM2.50 yang mana itu adalah harga semasa yang masih dalam kategori murah. Itu baru ayam seketul, namun terfikirkah kita harga makanan tersebut mungkin mahal kerna peniaga sebenarnya perlu menampung kos sewa gerai, bil air, bil elektrik, kos minyak, kos tenaga kerja dan lain-lain. Sepatutnya wartawan perlu memantau restoran yang besar kerna harga yang kadang kala tidak masuk akal juga ditambah dengan cukai perkhidmatan lagi. hmm. 

Paling mudah ada sebahagian kedai tidak menaikkan harga makanan namun bahagian makanan dikecilkan seperti ayam seekor dahulu di potong kepada 10 bahagian kini kepada 12 bahagian atau mangkuk menghidang makanan lebih kecil tetapi harga tetapi sama. Oleh itu tiada kenaikan harga bukan? hehe. 

Selepas dilanda pelbagai kenaikan harga... diwar-warkan pula berita pemberian bantuan BRIM 3.0. owh kesimpulannya ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan kerajaan sangat prihatin dengan kesusahan rakyatnya bukan? wink! wink!

No comments:

Post a Comment