Saturday, January 18, 2014

* No CHEAP Menu! *

Assalaam alaykom... siaran berita di TV majoritinya berkisar tentang kenaikan harga. Kebanyakan barang keperluan harian naik dan nampak gayanya akan terus meningkat naik jarang pula penurunan harga kecuali 'kangkong' seperti berita hit dewasa ini yang mana turun harga. erm.. baguslah jika 'kangkong' turun harga kerna itu adalah sayur kegemaran saya. Semenjak menetap di Shah Alam, saya hanya pernah membeli 'kangkong' beberapa kali sahaja di Giant Supermarket dengan harga 99 sen seikat. Itupun harga beberapa tahun yang lalu dan jika dilihat orang kampung ternyata diketawakan kerna 'kangkong' yang dijual di Giant itu daunnya sangat tirus seperti 'kangkong' yang separa usia tetapi telah dipetik awal untuk jualan. huhu. Lucunya 'kangkong' yang tidak popular atau dalam kategori sayur murah menjadi tajuk hangat di alam maya. 

Selain itu, hasrat kerajaan untuk mengajak peniaga menawarkan Menu 1Malaysia. okaylah kerna itu adalah tagline bagi semua barangan yang mana jika bermula dengan angka 1 maka murah katanya. Kualiti entah pula bagaimana. hmm. Okay.. realitinya adakah ianya bisa mencapai objektif sebagaimana yang dicanang ceritanya. Pity me yang berada dalam kategori miskin bandar {jika diukur dengan pendapatan semasa dan menetap dibandar} tetapi bila mana ofis terletak di tengah kotaraya Kuala Lumpur, pastinya tidak merasa apa yang dikhabarkan menu 1Malaysia kerna kedai atau gerai berdekatan harganya adalah standard harga bandaraya. hmm. 

Nevermind... jika suatu hari nanti saya berkesempatan merasa menu 1Malaysia, akan saya khabarkan juga ceritanya ya. Kali ini jom layan menu harian yang mana menu wajib dalam seminggu pastinya berulang juadah yang sama. 

Nasi lemak sotong berharga RM3.00 untuk sarapan pagi

gerai nasi lemak yang terletak di sebelah Wisma Cosway

jualan gerai di tepi jalan yang menawarkan menu yang lebih murah dan sedap

jika singgah di gerai Kakak tepi jalan, menunya adalah koay teow goreng telur berharga RM2.50

menu sarapan pagi jika berkunjung ke Meal Station berharga RM7.50 satu set di kongsi dengan miss Tender

selain bihun goreng, mee goreng juga menjadi pilihan kami berdua

teh ais nyaman berharga RM3.55 untuk bekalan setengah hari

tengahari jika singgah ke gerai tepi parking, lauk ayam dan telur dengan teh ais berharga RM5.00, teh ais di warung pula RM1.80

malam hari layan nasi lauk ayam dan telur masin berharga RM4.50

owh pilihan lain adalah catu makanan atau berpuasa atau memasak sendiri. Tetapi dek kerna pagi jam 6:00 pagi sudah berkejaran ke stesen keretapi pulang pula hanya selepas gelincir mentari. Kepenatan seharian bekerja tidak berbaloi jika mahu berkira sangat dengan harga makanan yang merupakan sumber tenaga badan. Makanan juga penting untuk menjana tenaga dan tidak perlu rasanya untuk memeningkan kepala mencatu makanan. Peace! 

No comments:

Post a Comment