Tuesday, January 7, 2014

* let's THINK *

Assalam alaykom... I'm back again. Berbicara sebelum mata terpejam lena and I'm currently berkata melalui keyboard mr Apple a.k.a mr Silvery cutie. erm... sambil sebelum minda berehat nampaknya saya cuba untuk lebih berehat kerna perjalanan menaiki tren itu memenatkan apatah lagi perlu bergegas mengejar masa ataupun berdiri megah dalam kumpulan ramai sambil mengekalkan senyuman. hmm. 

owh... tajuk rancangan sukan malam ini berkisar kepada 'Integriti' yang sememangnya berkait rapat dengan dunia perolehan. btw... jika prosedur di tulis A, perlulah kita membuat A atau sebolehnya A+ atau sekurangnya A- tetapi tidak sama sekali B, C , D dan E ke Z. Tidak dinafikan kita yang menggubal prosedur dan sesuatu tatacara. Untuk tujuan apakah ianya digubal? Untuk dipatuhi atau diikuti atau dijadikan panduan bukan? Bukannya untuk menidakkan atau membantah atau melanggar peraturan. Jika mahu memilih untuk melanggarnya, lebih baik tidak perlu ada langsung peraturan. Lebih mudah mengikut 'oh.. biasa begini biasa begitu selalu begini selalu begitu' hmm. 

Mungkin budaya mereka untuk hidup tanpa peraturan dan barang kali akan menyusahkan orang lain kelak atau setidaknya menjadi bualan hangat dek kerna tidak mengikut peraturan. haih! letih bukan melayan orang sebegini. Think logic! think wisely! jangan hari ini A esok B. Kerna bagi saya jika telah membuat A, esoknya perlu A+ dan A++. 

Dan saya agak kurang gemar bila mendengar "Berdosakah jika kita mengubahnya?" Ini hanya hukum manusia yang memang benar bisa diubah pada bila-bila masa. Dalam hukum manusia tiada dosa atau pahala. Yang ada hanya betul atau salah sahaja. Namun sila buat dengan kaedah yang betul. Dosa dan pahala itu yang Yang Maha Adil layak menimbangnya bukan kita manusia yang serba lemah lagi alpa. Saya tidak bisa menafikan semua kerja mahu dibuat segera dan diselesaikan sebaik mungkin tetapi sila pastikan dilaksanakan dengan tatacara terbaik. 

wahhh!! tiba-tiba seperti rasa sedang mengarang minit mesyuarat sahaja. Umpama wajib atau rukun itu ada bezanya. hmm. Thanks for reading. 

No comments:

Post a Comment