Monday, January 6, 2014

* I eat FISH too!! *

Assalaam alaykom... am I weird? erm.. maybe not! Ada juga beberapa rakan yang saya temui juga cerewet bab makan. Bukan cerewet tak cukup rasa atau terlebih minyak, cerewet kerna banyak makanan yang tidak dimakan. Mudah cerita, jika kemana-mana jawapan standard adalah "Saya makan ayam. Saya tak makan ikan" Itu kerna tak semua ikan yang dimakan. Agak susah untuk memberitahu ikan apa yang bisa dijamah walaupun tempat lahir adalah di kawasan kampung nelayan. hehe. 

Namun mungkin kerna persekitaran tersebut dan datuk saya adalah nelayan, ABAH juga mempunyai pengalaman sebagai nelayan... maka anaknya agak pelik hanya makan beberapa jenis ikan yang jarang orang makan. hiks! soo weird... tetapi itulah faktanya bila MAMA mengesahkan anak bongsunya gemar makan ikan yu, ikan pari dan ikan lembu. Sehingga sekarang, apabila MAMA mendengar anaknya mahu pulang ke kampung pasti dicarinya ikan yu. Begitu besar pengorbanan seorang ibu kepada anaknya yang masih lagi manja walaupun sudah berstatus wifey kepada hubby Moose. {bak kata hubby Moose...Cie nie cakap macam Aiman...erk??? }

owh... ini ikan bercinta namanya... ahaks!! 
Actually yang ini adalah ikan lembu yang mempunyai tanduk di kepala.

 look at the sexy curly!!! yummy! 

ikan pari kering


wajah ikan pari di pasar


ikan pari yang telah dipotong agar mudah untuk di masak

 my favourite ikan yu 

ikan yu yang masih belum di potong tetapi telah disiang kulitnya. 

kata MAMA lagi "Adik makan ikan yang susah....  orang market kena siang kulit baru senang nak masak" Thank you MAMA. Tiba-tiba Adik excited nak balik Penang, "sebab dah sebulan tak balik kan? hehe". wink! wink!

P/S: miss Tender said kami ada persamaan iaitu tidak makan telur kuning jika dalam bentuk putih dan kuning berasingan. hehe.

No comments:

Post a Comment