Wednesday, December 25, 2013

* Sun.Shine *

[sun.shine]

Assalaam alaykom... lil' sunshine make my beautiful day. Sepanjang penghujung tahun dilimpahi hujan dan beberapa negeri juga dilanda bencana banjir kilat yang mengejutkan. Bila terlalu banyak pending entry terdapat pula dua kebarangkalian iaitu terus kemaskini cerita walaupun sudah bertepu lamanya di dalam draf atau cerita itu terus tersimpan rapi sahaja. hmm. owh... alasan demi alasan bertimpa. Kesuntukan masa, keletihan, tidur awal bangun lewat.. opps! tidak dapat save gambo, tidak mesra lagi dengan mr Silvery.. wahhhh!! bila disenarai alasan beribu lemons yang pastinya. Benar bak kata iaitu peringatan buat diri saya juga walau apa sekalipun alasan orang tidak akan ingatinya. Apa yang mereka ingat hanyalah ADA atau TIADA. hmmm. 

Baiklah. Saya sedaya upaya akan meluangkan masa bersama kamu my lil' sunshine blog yang sentiasa menceriakan saya walaupun sebenarnya ia hanyalah One-Way Communication. hehe. Kerna kamu my lil' blog yang sentiasa tegar memberi saya semangat untuk terus petah berkata atau dalam erti kata lain meluah rasa atau lebih ringkas lagi platform untuk berbicara tanpa noktah. Yang pasti gambo bertajuk [sun.shine] itu sangat menggembirakan puan empunya blog Cyanamoose dek kerna bergambo selfie-candid sambil berjalan di atas landasan lapangan terbang sambil tersenyum sambil menekan butang shoot... yeah. try and error sahaja. Pastinya gembira kernanya hasilnya dihiasi rays of light di samping menggayakan busana hitam kegemaran ditambah pula kembali menggayakan jam tangan setelah dua tahun tangan kanan kosong tanpa jam.. wink!wink!. Seperti mana matahari menerangi alam, seperti itu juga saya mahu menghiasi dunia dengan senyuman. Keep Smilin'.

No comments:

Post a Comment