Sunday, November 10, 2013

* the Perception *

Assalaam alaykom... sebelum kembali sibuk sepanjang minggu tanpa sempat menjengah blog kesayangan, maka ambil mood untuk bersemangat bekerja walaupun hati sahaja yang tahu peratusan semangat itu ada kalanya menurun atau lebih mudah jika dibuat kesimpulan "alangkah baik jika saya tidak perlu bekerja" {okay...stop dreaming!}. Penatnya entah kenapa tidak bisa digambar dengan kata-kata... perlu keluar rumah seawal pagi dan hanya pulang menjelang malam. Tidur dan seterusnya rutin yang sama untuk lima hari bekerja. Itu belum lagi diambil kira faktor tekanan di kantor atau faktor tekanan luaran yang hanya mampu dihiasi dengan senyuman. Mungkin satu hari nanti jika saya meletup seprti bom jangka, itu namanya tekanan di luar kawalan yang tidak lagi mampu ditanggung cik puan empunya badan. 

Sebelum itu mahu saya kongsikan sedikit perenggan yang dipetik dari buku "Berdialog dengan Gereja"...

"Saya sememangnya akur bahawa jalan yang saya pilih untuk melihat kerukunan hubungan antara agama bagi sesetengah adalah umpama mencari bumi utopia yang tidak pernah wujud, tetapi bukahkah kita manusia dituntut untuk melakukan perkara-perkara yang luar biasa untuk menggali potensi kita ke tahap yang maksima?

Cabaran paling utama ialah bagaimana menghindari persepsi orang ramai, khususnya sesetengah umat Islam yang menganggap dialog antara agama adalah satu kecenderungan ke arah fahaman liberal dan mengurangkan makna beragama."

Apa yang mahu saya sampaikan bayangkan bagaimana penulis mahu membuat sesuatu magis atau luar biasa yang tidak bisa dicapai dek akal dan bagaimana pula perjalanan penulis menepis persepsi masyarakat yang secara amnya masih dalam peringkat separa sedar dan tidak mahu meluaskan pemikiran mereka. hmm.

Benar berat tajuk yang dibawa oleh penulis apatah lagi sebagai umat Islam... bila kita dilihat memasuki rumah ibadat agama lain, kita dikatakan terpesong. Tetapi ringkasnya mengambil contoh senario umat bukan Islam yang melawat Masjid dan mengenakan pakaian yang menutup aurat... apa pula persepsi kita? Adakah mahu kita menghalau mereka kerna Islam senantiasa mendidik kita menjadi umat yang bersopan santun dan menjaga kedamaian sesama agama. Tahniah buat penulis yang dalam erti kata lain membukukan perjalanannya mewujudkan hubungan sejagat antara agama. Semoga usaha beliau diberkatiNYA. InshaALLAH. 

okay... back to my lil story... kesimpulan rutin harian pada hari bekerja.

welcome to Bandaraya Kuala Lumpur! 

the tender girls on the move... hehe

hot lemon tea for miss Tender

ice tea for mrs Tender

sharin' food adalah rutin kami berdua

meetin' tyme... !!
peraturannya adalah mrs Secretary perlu sampai lebih awal dari committee members dan hanya meninggalkan bilik mesyuarat setelah semuanya pulang

 our light lunch... chicken popcorn and ice chocolate by Chatime

 sunset view from level 28! lovely!

owh... menjelang muktamar PAS tidak lama lagi, bayangkan pelbagai tohmahan dan fitnah yang sedang berleluasa. Kenapa hal sebegini berlaku? erm.. mungkin kerna mereka tidak lagi berpegang pada paksi yang HAK dan BENAR atau cuba memutarkan HAK dan BENAR demi kepentingan sendiri. Jika ditanya, tak mungkin seseorang bertaraf Ustaz bisa menaburkan fitnah...tetapi percayalah dalam era ini kata-kata seorang Ustaz juga harus ditapis sebelum mempercayai. Semoga ALLAH swt melindungi kita semua. Ameen.

Good Nite!!! and welcome Monday!

No comments:

Post a Comment