Tuesday, November 5, 2013

* New Islamic Year | 1435H *


Assalaam alaykom sister... Salaam Maal Hijrah 1435H. Semoga lembaran baru tahun hijrah dihiasi dengan amalan yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan baik dari hari sebelumnya. Ameen. Saya tertarik dengan artikel bertajuk "Bettering My Solat in the New Islamic Year" yang mana saya kira sebagai seorang Muslim sebenarnya Islam sentiasa memudahkan umatnya walaupun untuk beribadat iaitu solat. Di Malaysia secara amnya, sebagai wanita Muslim kita dididik untuk mengenakan telekung ketika mengerjakan solat hinggakan pernah saya mendengar keluhan makcik-makcik "Telekung tiada macam mana nak sembahyang?" erm.. correct me if I'm wrong. Islam menuntut wanita Muslim menutup aurat dan yang bisa kelihatan hanyalah muka dan pergelangan tangan. Secara tidak langsung wanita Muslim sebenarnya dalam keadaan menutup aurat senantiasa. Dan bila solat, kita akan mengenakan telekung kerna ianya lebih afdal agar tidak kelihatan bentuk tubuh badan atau mengambil kira faktor kebiasaan di Malaysia wanita Muslim ada yang mengenakan hijab atau pakaian yang jarang dan tidak memakai stokin kaki. Jalan mudah adalah mengenakan telekung pabila bersolat. Tetapi senario lain jika anda dalam keadaan yang menutup aurat mengikut syarak, maka anda bisa solat dengan pakaian yang dipakai asalkan bersih dan diri dalam berwuduk... mudah bukan? Kerna itu juga kebiasaan saya tidak perlu membawa telekung apabila keluar beriadah. Yang penting memakai pakaian bersih dan mengikut syarak maka saya bisa mengerjakan solat walau di mana sahaja. hmm. 

Kesimpulannya sebagai wanita Muslim kita haruslah sentiasa peka dan buka minda. Islam tidak merumitkan umatnya. Malahan kita terdapat juga bahan solek yang halal dan bisa diguna walaupun untuk bersolat. Saya percaya sejajar dengan perkembangan dunia moden, lebih banyak produk muslimah yang dikeluarkan berbanding dahulu mahu mencari Tshirt longgar berlengan panjang pun agak sukar. Alhamdullillah dengan kemajuan ekonomi wanita Muslim kini lebih tersenyum dengan pelbagai variati barangan di pasaran. okay.. mari kongsi fesyen mrs Cyana yang bisa digayakan sepanjang hari dan bisa terus mengerjakan solat pabila masuk waktunya. Siapa kata muslimah tidak bergaya? atau kini muslimah berfesyen dikenali dengan ikon 'hijabista'. Yang jelas dalam berfesyen sentiasa prihatin dengan tuntutan agama ya. Smile sisters!

dress Jaspal labuh digayakan dengan jaket dan pastinya di dalam jaket terdapat juga inner atau Tshirt berlengan panjang... well just mix and match!

baju punjabi atau pakaian yang sinonim dengan wanita India yang disuai padan dengan hijab


my trench coat yang sentiasa menjadi kegemaran 


trench coat and dress! my favourite!

 work style.. dress labuh digayakan dengan blazer

 another work style... 
dress digayakan dengan skirt labuh dan blazer pabila menghadiri mesyuarat


baju kurung pakaian tradisional Malaysia

Alhamdullillah... permandangan menarik pabila mengerjakan solat di pejabat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama. InshaALLAH. 

No comments:

Post a Comment