Sunday, July 21, 2013

* feeling LILAC *

Assalaam alaykom... feeling LILAC? owh.. am I sooo sweet seperti gula-gula kapas? hiks. Teringat pula zaman kanak-kanak pabila ke Pesta Pulau Pinang pastinya mahu gula-gula kapas. Masa tu tiada kamera untuk merakam gambo seperti zaman teknologi kini.. kemana sahaj pasti bergambo. Dan memandangkan hobi eh bukan hobi... kegemaran mrs Cyana adalah merakam gmbo hasilnya pasti mahu pose! pose!pose! 

btw... musim Ramadhan agak membuat diri sibuk pada hujung minggu dengan rutin berjalan dari satu ke satu pusat membeli-belah bagi mendapatkan pakaian yang menarik minat mata, selesa disarung dengan harga berpatutan. hmm. owh.. fesyen baju kurung terkini adalah 'design peplum' atau baju kurung moden atau kebaya mahsuri. wahhhh!!! kembali ke zaman retro gayanya. Tahun ini teman mencuci mata saya adalah my sista in law, sista Iman kerna sista Ochal masih berada di kampung halaman brother Gio di USA dan hanya akan sampai ke Malaysia pada pagi Syawwal manakala IBU dan AYAH pula akan berangkat mengerjakan umrah dan akan sampai ke Malaysia pada hari terakhir Ramadhan. InshaALLAH. Semoga pagi Syawwal nanti kami dapat bersama kerna tahun ini Baitur Ar-Rahmah akan mengumpulkan semua warga the Wayfarers memandangkan brother Awez dan sista Fateyn turut berada di Malaysia kerna pergolakan di bumi Mesir membuatkan mereka pulang sebentar ke tanah air. Semua yang disusun oleh ALLAH swt sangat indah. Indah lagi my sista in law, sista Yusra telah tamat pengajiannya selama 7 tahun di USIM dengan cemerlang dan kini telah bergelar Dr. Yusra Dzulkefly. Tahniah ummuyumna!!!! We proud of u!

ehh.. tersasar dari cerita pula. Asalnya mahu memikirkan warna tema untuk eid tahun nie, tetapi kerna carta warna kegemaran tidak begitu meriah maka sedang lagi memikirkan warna yang bersesuaian dengan jiwa. Setakat ini masih belum menemui baju kegemaran kecuali terjumpa dress kegemaran. opps!okay.. masa untuk berhenti berceloteh kerna perlu melelap mata lebih awal sambil dibuai mimpi kerna hari-hari esok pastinya terasa tidak cukup masa.

let me share my sweet Lilac day...

mrs Cyana in lilac!

henna by sista Fateyn.. and ofcourse my sweet lilac ring

and my lilac dress untuk jalan-jalan sambil mencuci mata. hiks!

Tetapi senarai 'things to do' lebih panjang dari 'things to buy'.. whuaa. Goodnite!!! SMILE! 


No comments:

Post a Comment