Sunday, June 9, 2013

* Lurvely YOU *

Assalaam alayakom... owh YES! they're the same! the same electrical substation with different angle and different days. Bagaimana saya mula berminat merakam pencawang elektrik adalah bermula dengan koleksi Instagram. Kebiasaannya sebelum memula rentak, pastinya harus survey trend dan interest. Ketika itu iaitu setahun yang lalu saya mendapati Instagrapher akan mempunyai minat tersendiri iaitu seperti mengambil gambar makanan dan fesyen. Namun ada yang sedikit pelik iaitu merakam gambar jendela dan jambatan. hmm.. Ketika itu terdetik untuk saya merakam sesuatu sebagai simbolik atau mencipta identiti sendiri. Begitulah bermulanya detik merakam pencawang elektrik mahupun tiang elektrik. Bak kata tak kenal maka tak cinta bukan? Yang pasti jatuh cinta pabila mata sememangnya akan senantiasa memandang ke langit dan sepanjang jalan juga pasti mencari pencawang dan setelah mengenali, rupanya terdapat pelbagai bentuk dan rupa.

Back to my lil' mission and back to work! haha. Misinya adalah menyempurnakan tugasan yang sama namun dengan kaedah sedikit berbeza atau lebih tepat kali ini harus disiapkan mengikut jadual agar tiada lagi kelewatan atau pihak A menyalahkan pihak B atau sebaliknya. Dan apabila diberi tugasan sebegini perkara pertama adalah menyenaraikan semua tugasan serta pembahagian tugas dan apa yang penting agar masing-masing tidak tersasar TIMELINE dan maklumat yang dikumpulkan perlulah lengkap dan sebagainya. Cerewetnya saya kerna setiap format kerja harus senada dan semuanya mahu SIGNOFF sebelum ke fasa berikutnya. sorry team jika anda terpaksa bekerja lebih pula namun demi kebaikan kita bersama agar tiada lagi pihak yang menyalahkan kita. I believe we can do it!

Jom layan koleksi Cinta Langit saya... 
tanpa jemu mata merenung kamu dengan senyuman yang sama.


 
the makin'.. beruntung kerna saya dapat melihat pembinaannya

 
lovely sunset!!!

Lurve is in the air! 
Lurvely YOU... the electrical substation.

No comments:

Post a Comment