Sunday, May 26, 2013

* the Traditional Fashion show *

Date: 21st April 2013
Location: Dewan Shah Alam N'Indah Catering

Assalaam alaykom sisters.... seperti yang diwar-warkan terlebih awal majlis Pertandingan Akhir Fesyen Rekaan Pakaian Tradisional Peringkat Negeri Selangor anjuran Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia & Sukan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor dan Ummahcentre telah berlangsung di Dewan Shah Alam N'Indah Catering yang telah dirasmikan oleh Puan Sri Salbiah bt Tunut, Pengerusi PEKAWANIS dan isteri kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pertandingan ini menyaksikan rekaan pakaian terdiri daripada 4 kategori iaitu Busana Pakaian Melayu, Busana Pakaian Cina, Busana Pakaian India dan Rekaan Hijab/Tudung. Rekaan semuanya menarik, kreatif dan menonjolkan ciri busana kategori masing-masing. owh.. sorry mrs Emcee sibuk di konti membaca ciri-ciri pakaian maka tidak sempat merakam gambar ketika peragaan. Alhamdullillah walaupun ketika pada hari majlis, saya diduga dengan demam panas namun pada saat akhir saya berjaya kuatkan semangat menunaikan tugasan yang diberi. owh.. first tyme juga habis air minuman sebotol yang mana saya akui badan kekurangan air. hehe. Hanya terdapat sedikit batuk ketika membaca teks yang panjang, namun berjaya diatasinya. Thank you ALLAH kerna memberi semangat dan peluang untuk saya terus beraksi di konti pengacaraan.

Menariknya program ini adalah di bawah arahan IBU selaku Pengarah Program, maka sudah tentu tetamu di hiburkan oleh kumpulan The Wayfarers yang hadir dengan penampilan istimewa nyanyian oleh lil' Ulya dan lil' Mia diikuti the ladies dan juga duet oleh sista Iman dan brother Muadz. Meanwhile hubby Moose sebagai videographer and wifey Cyana as master of ceremonies. SMILE! okay.. jom layan pics by mr ip5!


the banner


big smile... macam orang sihat kan? hehe

the VIP table

my brunch.. makan dahulu kerna perut kosong

i lurve the candy corner!

so sweet!!

my hubby Moose sedang setup camera. lurvely hall too!

my big supporter just right behind me! thank you CYGku!

ready as mrs Emcee


with lil' Yumna yang susah mahu senyum tapi mahu pose

with two lil' cutie... lil'Mia & lil' Mia

with my favourite lil' Uzair


the ladies in Najjah's lurvely dress


the Wayfarers on stage

happy us!.. satu family semua di program yang sama

barisan juri

sesi penyampaian hadiah

tahniah kepada semua pemenang dan pereka yang layak ke peringkat akhir


mrs Cyana with IBU and Puan Sri Salbiah Tunut


pose bersama pereka dan model

Thumbs up to the backbone of the event

brother Muadz and lil' Ammar

lil' Mia and lil' Ulya yang suka pose

pose with sisters and IBU


last but not least with my Insan Terchenta

Thank to ALL yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengacara majlis. Tahniah kepada penganjur yang berjaya melaksanakan program dengan lancar disamping mengetengahkan bakat anak muda dalam rekaan dan pakaian kontemporari yang menepati syariat bagi muslimah serta menjadikan pakaian tradisional sebagai pakaian yang praktikal dan digemari. 

No comments:

Post a Comment