Monday, May 6, 2013

* General Election 13 | 5th May 2013 *

Assalaam alaykom Malaysians.... Alhamdullilah tamatlah sudah hari yang di nantikan iaitu 5 MEI 2013 atau lebih tepat lagi hari bersejarah bagi warga Malaysia, Pilihanraya Umum ke-13, pastinya perkara ini akan dimasukkan dalam subjek Sejarah yang mana menyaksikan kepimpinan Barisan Nasional masih diberi mandat oleh majoriti rakyat Malaysia untuk terus memerintah namun PRU13 ini juga menyaksikan persaingan sengit dari Pihak Pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang mana majoriti undian DUN semakin bertambah. Dan apa yang beza pastinya pertambahan kerusi pembangkang di DUN dan Parlimen. Dan seperti yang selalu saya katakan kenapa perlunya ada pembangkang? Ianya bagi keseimbangan agar pemimpin yang memerintah tidak leka dan tidak mengabaikan rakyatnya. Namun jika kepimpinan kerajaan bebas rasuah, bebas kroni, mengamalkan demokrasi , telus dan adil manakan tidak rakyat bangkit untuk bersuara untuk UBAH.

Caturan PRU13 kali ini menyaksikan kemunculan pengundi muda. Salah satu usaha untuk menyatakan hasrat pengundi muda dari Pakatan Rakyat adalah dengan mengadakan Flash Mob di seluruh negara. Ianya adalah sebahagian usaha kerdil menyatakan sokongan kepada pemimpin atasan dan sebagai usaha menzahirkan hasrat untuk melihat penerusan pimpinan negara yang aman dan damai. btw untuk Flash Mob saya sendiri turun padang bersama anak muda di Kuala Selangor. Alhamdullillah... majoriti 80% memberi respon yang baik terhadap perjuangan kami.
 
mrs Cyana's masterpiece

 with our HERO... beloved AYAH yang turut singgah memberi sokongan kepada anak-anak dan rakyatnya.

 
polling day... saya memerhati setiap inci proses undi. 
Syukur menjadi salah seorang pengundi PRU13

Alhamdullillah, saya juga berpeluang menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang pengundi untuk Parlimen Bayan Baru dan DUN Batu Maung. Pengalaman kali pertam jari dicalit dakwat kekal yang hanya kekal selama 4 jam pertama sebelum terkena air. hmm. Dan pengalaman berada di platform Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang sangat berharga kerna kami lebih menghargai erti perjuangan dan kenapa politik itu penting lebih mudah mengerti berbanding orang awam. 

Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur menjadi pengundi dan juga terlibat dalam program berkempen. PRU13 telah melabuhkan tirai dan terpahat keputusannya dalam sejarah Malaysia.

No comments:

Post a Comment