Monday, May 20, 2013

* Always Be Strong *

flyin' buddies

Assalaam alaykom... I'm here again. I'm back with smile. Ibadah yang paling mudah adalah senyuman, namun melempar senyuman itu haruslah ikhlas semurni hati si burung yang berterbangan dalam kumpulan. Namun tidak dinafikan mata saya senantiasa terlihat burung yang jarang berterbangan dalam kumpulan mungkin burung itu mahu mencari kedamaian. owh.. so many pending entry hinggakan buntu malah lidah seakan kelu untuk berbicara. Mungkin saya patut memilih jalan untuk berdiam dari berkata-kata kerna takut kata-kata itu bisa melukakan hati orang sekelilingnya. A very simple question... gossip dan fitnah apa bezanya? Mungkin biasa anda mendengar "ehh.. I've a gossip to story" daripada mendengar "ehh.. I've fitnah to share".  Benar lebih nyilu mendengar perkataan fitnah namun bila disebut gossip seakan bercerita tentang selebriti pula. Entah benar entah tidak kesahihannya namun rata-rata  Malaysians lebih gemar mendengar gossip dari mengejar fakta. Bila bercerita tentang fakta mahupun politik, pasti muram sahaja. Namun pabila bergossip panjang pula jilidnya sampaikan mencuri masa bekerja. Ingatlah kita bekerja kerana ALLAH swt... kerja itu juga ibadah sama seperti senyuman. Lebih afdal kiranya jika kita lebih fokus kepada ibadah dari leka dengan cerita semasa yang mungkin bisa mengunding fitnah jika tiada kebenarannya. Aneh bukan tabiat rakyat kita walhal sudah arif tentang dosa dan pahala. Namun itulah realitinya. 

Soalannya pernahkah anda mendengar gossip yang baik belaka? Misalannya Cik Burung A bisa terbang dengan bergaya namun kenapa tidak Cik Burung B terbang bergaya juga atau lebih lagi gayanya? Tetapi sebaliknya berlaku bukan? Pernahkah dalam kerja seharian anda meletak KPI dan dateline agar anda tidak mencuri masa orang lain atau anda hanya akan dianggap kurang penting bila mana hanya sibuk dengan cerita kosong sahaja. Semoga anda akan menanam azam untuk terus cemerlang dengan hasil usaha dan berkat doa kepadaNYA. Think wisely!

Just ignore the negative surrounding around me. Be strong! 
just fear ALLAH.. whom WE Believe!

No comments:

Post a Comment