Tuesday, April 16, 2013

* Jom UNDI Tiger *

Assalaam alaykom.. benar sedang hangat dengan isu PRU13 dan kini pastinya sedang hangat juga dengan nama-nama calon yang akan bertanding di kawasan PANAS, SUMA-SUAM atau SEJUK? Pasti mata dan telinga kita sedang bertumpu kepada KAWASAN PANAS misalnya bagi saya Parlimen Shah ALam adalah antara salah satu Kawasan Panas dek kerna ianya adalah ibu negeri Selangor Darul Ehsan yang mana Selangor adalah negeri kaya dengan ekonominya bak kata lubuk emas di Semenanjung Malaysia. Walaupun saya bukanlah anak jati Shah Alam, namun keberadaan saya selama hampir 10 tahun di sini membuatkan saya mencintai Shah Alam sebagaimana mencintai Negeri Pulau Pinang.

owh... apa menariknya? Petang tadi menerima message nama-nama calon yang mana kerusi Panas Parlimen Shah Alam akan menyaksikan calon PAS Dr Khalid Samad bertanding dengan calon BN Datuk Zulkifli Nordin yang mana sebelum ini beliau bertanding di Kulim Baharu atas tiket PKR dan kini telah menyertai BN. {erk... lompat lompat katak lompat lebih tinggi}. Biarlah warga Shah Alam yang saya percaya 'educated' siapa yang akan mewakili suara mereka. btw.. jika mahu refresh kembali artikel lama "Dr Dzulkefly Ahmad vs Zulkifli Nordin" yang pernah juga dicoret sebelum ini.

okay.. sedikit tersasar dari cerita, asalnya mahu bercerita tentang kursus sana dan sini, namun nampaknya si lil' Tiger lebih pandai mengambil hati mrs Cyana kerna setiap kali pulang pastinya terlihat kelibat lil' Lucky Tiger a.k.a Tiger dan suara manja mengalahkan kucing betina. hehe.sooo.. rehatkan sebentar minda dan kepanasan politik dengan melayan si comel Tiger.

lil Tiger sedang bermain

so touchin'!

lil Tiger in pose

okay.. nak jugak masuk as pre-subject. hehe

sleepin' tyme! luv belang-belangnya

 
playing tyme

Sekurangnya dapat bermanja dengan si kecil Tiger yang mungkin tak bisa berkata-kata tetapi gerak gerinya sangat comel. Yang pasti jika terlalu lapar, Tiger akan terus mengeget betis kakaknya. hehe. Gudnite.  

Sedikit selingan, mrs Cyana bakal membuang undi di Parlimen Bayan Baru, DUN Batu Maung di bawah saluran 8. Undilah dengan sebaik mungkin, pilih bendera bukan pilih Tiger. hiks. Jom Mengundi!

No comments:

Post a Comment