Sunday, April 7, 2013

* Check && Balance *

the eyes

Assalam alaykom... selamat berhujung minggu sambil membuat sedikit penelitian dan sambil menekan punat rancangan TV yang pastinya mahu sedikit bebas dari pengaruh semasa. Buka sahaja TV, iklan atau rancangannya berunsur politik tambahan pula parlimen sudah dibubarkan dan kini sedang menanti pengumuman SPR tarikh pencalonan calon dan tarikh PRU13 yang mana pengerusinya jiran saya..hmm. Apa yang pasti kejiranan kami mempunyai calon dari Barisan Kerajaan dan juga Barisan Pembangkang. Yang jelas lagi nyata ketidakadilan media massa yang memapar sedikit sedutan dalam berita mungkin "Manisfesto Pakatan" manakala "AkuJanji BN" pula dibuat liputan secara live! Inikah yang dinamakan keADILan? hmm.

Sesi pendebatan dan pembincangan mungkin diadakan di kaca media massa namun masih berpihak kepada kerajaan memerintah sebaliknya barisan pembangkang hanya mampu muncul di saluran alternatif seperti TV Internet mahupun YouTube. owh.. itu belum lagi berbicara tentang kos iklan jenis bantuan dan juga lagu-lagu yang dicipta khas untuk rakyat memilih Kerajaan sedia ada. hmm. Bermacam jenis bantuan juga turut membuat bibir tersenyum setelah  50 tahun memerintah baru hanya kini mahu dizahirkan itu dan ini? Bagaimana mahu dibezakan pencapaian 50 tahun berbanding 5 tahun? Tetapi jika 5 tahun itu lebih baik atau lebih makmur berbanding 50... Please wake up and do something ya Barisan Kerajaan. 

Saya amat bersyukur hidup di negara yang makmur, aman dan damai. Kenapa perlunya ada barisan pembangkang agar adanya CHECK && BALANCE di dalam pentadbiran negara dan agar yang memerintah tidak sewenangnya menggunakan wang rakyat atau kuasa yang dimandatkan kepada mereka. Yang pasti tahun ini bakal menyaksikan kedatangan besar pengundi muda malah fikir-fikirkan dan timbang sebaiknya. Enough said. PEACE.


No comments:

Post a Comment