Friday, March 15, 2013

* Kuasa Politik Lama *

 demam politik

Assalaam alaykom... Sedang berombak-ombak dengan demam politik di sana sini. Apa itu pasca politik? Apakah persepsi tentang politik baru dan politik lama? Yang pasti bagi saya kuasa politik lama adalah berkisar tentang perkauman. Kenapa perlu dimainkan sintimen Melayu dan agama? Kenapa perlu sebuah parti politik yang sudah berabad-abad lama memerintah masih berkisar tentang asas perkauman. Benar sejak di alam persekolahan, kita sentiasa diajar tentang menghormati agama, bangsa dan kaum lain. Bahkan sejak membuka mata, kita sudah berada di kalangan berbilang bangsa. Maka isu kaum tidak semestinya digemburkan. Bangga jika termasuk dalam kumpulan Melayu... namun saya sendiri secara zahir tertulis Melayu walau realitinya berdarah campuran India+China+Melayu. Apa yang pasti walau banyak mana campuran darahnya, saya beragama Islam. Alhamdullillah. Maka bagi saya sebagai sebuah parti politik yang matang haruskan menitik berat perkara-perkara selain isu perkauman. Mungkin perlu perubahan politik dan putaran kuasa dengan memberi hak kepada semua untuk bersuara sekurangnya atau menghapuskan monopoli yang sedia ada. GoodNite!

No comments:

Post a Comment