Sunday, March 10, 2013

* Futsal MD's Trophy KBM HQ 2013 *

Date: 9th March 2013
Location: Triways Sport Centre, Shah Alam

Assalaam alaykom... Kejohanan Futsal KBM Ibu Pejabat 2013 bagi merebut Piala Pusingan Pengarah Urusan anjuran Biro Sukan & Rekreasi KBM HQ dengan kerjasama Unit Hubungan Kakitangan BERNAS telah diadakan pada 9 Mac 2013 bertempat di Triways Sport Centre, Padang Jawa Shah Alam. Sebanyak 5 pasukan lelaki yang bersaing iaitu Pasukan Blue Eye (Aras 31/3), Taun Lepaih Dah Menang a.k.a TLDM (Aras 29), Loudspeaker (Aras 27), PKG United (BSS Port Klang) dan PKG Madrid (BSS Port Klang) manakala 2 pasukan wanita yang bertanding iaitu HuruHara (Aras 32/3/28) dan HotMama (Aras 27/29).

Seawal jam 8 pagi sudah berkumpul para pemain dan program dimulakan secara rasmi pada jam 9.30pagi dengan dirasmikan oleh En Mohamad Nazuir, Presiden KBM. Objektif program adalah untuk mempertandingkan Piala Pusingan Pengarah Urusan di samping mencari 20 pemain lelaki terbaik untuk mewakili KBM HQ pada kejohanan futsal yang akan datang. Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari YDP KBM HQ, En Marwan Azizi diikuti dengan perasmian sepak mula oleh Presiden KBM. Seterusnya semua pemain membuat senanam ringan dan mendengar taklimat pengadil sebelum memulakan perlawanan futsal. Okay.. jom layan cerita dengan koleksi gambo sepanjang program yang dirakam oleh En Nurifin. Credit to abam Ipin yang banyak membantu merakam gambo2 program untuk kenangan bersama.

 
 Album Program dimulakan dengan lil' Danish a.k.a Incik Badrol.. ahaks!

 
 lil' Uqail son of mr Marwan yang turut sama lincah bermain dengan kakak2

mrs Cyana a.k.a mrs Emcee memulakan program.
{sorry..a bit messy bertutur spontan kerna last minute turun padang}

 YDP KBM HQ, mr Marwan memberi kata-kata semangat kepada semua pemain

 
 mr Presiden membuat perasmian program

 
 sesi senanam ringan

 lil' Danish juga turut bersenam

 
 taklimat oleh Ketua Pengadil

 sesi perbincangan dengan semua ketua pasukan

 seriusnya wajah mrs Emcee.. hmm

 
pasukan lelaki beraksi

 pasukan wanita beraksi

 
masa berehat

 
 masa pose maut

 masa kiraan markah

 
well... di mana mrs Tender di situ juga miss Tender.. like!

 
 Naib Johan Wanita.. Pasukan HotMama

 
 Johan Wanita... Pasukan HuruHara

 Naib Johan Lelaki.. Pasukan Loudspeaker

Johan Lelaki.. Pasukan PKG UNited

 
 pose kenangan sebelum bersurai

 
Happy Faces YEAY!!!

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, pemain-pemain dan para penyokong yang turut sama hadir memeriahkan program. Terima kasih kepada semua barisan urusetia yang sama-sama berganding bahu memastikan semua program berjalan lancar walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapinya sepanjang sesi 2011/2013. Program futsal ini juga adalah program terakhir dibawah kendalian saya sendiri. Maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kami mengendalikan program. Congratulations to ALL. Semoga kita bersua lagi pada masa-masa yang akan datang. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment