Sunday, February 24, 2013

* my SWEET GLORY Day *

 mrs CYANA and big SMILE

Assalaam alaykom... syukur ke hadrat ALLAH swt dengan keizinanNYA semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Kenapa program ini amat bermakna buat saya kerna ianya adalah dibawah kendalian saya sebagai Program Coordinator yang juga merangkap Pengacara Majlis dan Pemain. Apa pun tanggungjawab dan tugas utama perlu didahulukan. Benar bebanannya sangat berat namun dengan kerjasama  barisan urusetia dan sokongan sahabat-sahabat dan keluarga, yang berat diringankan kerna kami saling membantu dan komited. Banyak kenangan sepanjang mengendalikan program sebesar ini, biar ianya menjadi salah satu pengalaman dan kenangan yang terindah dalam diari harian. 

Cabaran utama adalah memikul tugasan disamping memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Banyak pengalaman berharga dan yang penting pabila terpaksa membuat beberapa keputusan drastik yang mungkin bisa menjadikan isu sekecil kacang hijau menjadi sebesar mangkuk bubur kacang. hehe. Apapun saya hadapi dengan tenang agar semua keputusan dibuat secara rasional. Cabaran bermula sejak hari pertama memikul tugas sehinggalah ke penghujung program. Bermula dengan aturan program yang perlu diadakan di luar dari Kuala Lumpur, saya sendiri yang perlu bermain untuk pasukan negeri Pulau Pinang bagi memenuhi penyertaan kerna akur pada peringkat pemilihan, saya bukanlah antara pemain utama yang akan mewakili Kuala Lumpur. Namun cemuhan demi cemuhan yang diterima kerna mungkin mereka tidak mengetahui perkara sebenar dan hanya pandai membuat andaian. Begitu juga dengan pencaturan barisan urusetia yang terhad dan terpaksa juga mereka multitask. Alhamdullillah semuanya dapat diselesaikan bila mana memasang niat untuk melaksanakan tugasan sebaik mungkin.

YES!!!  23 Februari 2013... owh My SWEET GLORY day!!!! Penutup majlis adalah kejayaan bagi saya bila melihat wajah-wajah keriangan para pemain, barisan urusetia dan para tetamu yang hadir. owh.. ianya juga adalah hari bertuah  kerna berjaya merangkul beberapa hadiah termasuk dengan hadiah cabutan bertuah... tak bisa terungkap dengan kata-kata. Antara hadiah yang berjaya dibawa pulang adalah Piala Pemain Wanita Terbaik, Piala Jatuhan Pin Terbanyak, Piala Pasukan Tempat Keempat dan Balingan Turkey Strikes. Alhamdullillah I am truly blessed. Thank you ALLAH for everything in my life. 

2 comments: