Thursday, January 31, 2013

* Rindu MAMA *

MAMA & ME

Assalaam alaykom... hati sebenarnya sangat risau minda sebenarnya hilang fokus pabila mendapat berita MAMA jatuh pagi tadi. Ketika itu saya sedang dalam kesibukan membentang perancangan program yang mana ianya adalah mesyuarat penting bagi saya. Tak dapat mahu digambarkan dengan kata-kata bagaimana degupan jantung ketika itu pabila melihat deretan 'Missed Call' dan SMS menyatakan MAMA jatuh. Masha'ALLAH. Sungguh ALLAH menguji saya dengan sedikit ujian. Syukur bila mendengar suara MAMA yang masih lagi bisa menceritakan detik cemasnya. Alhamdullillah. Mana tidak risau memandangkan usia MAMA yang sudah menjangkau usia warga emas dan kondisi kesihatan kakinya juga lemah. Semoga kesihatan MAMA akan pulih seperti sedia kala kerna saya mahu memenuhi hajat MAMA. InshaALLAH.

erm.. Seingat saya tidak pernah dimmarahi MAMA. Bagaimana besar pengorbanan beliau dalam membesarkan anaknya. Mungkin kerna itu juga saya sedikit manja dan cepat tersentuh jika dimarahi. hmm. Sesungguhnya di waktu tegang dengan tekanan sebegini saya amat merindui MAMA & ABAH. 

ADIK RINDU MAMA! 
 

No comments:

Post a Comment