Wednesday, December 26, 2012

* what I Found @ Uptown *

Assalaam laykom...I went to Uptown Shah Alam, Seksyen 24 last week. Sesekali bila turun padang seperti semuanya mahu dibeli. Sepanjang jalan mata juga meliar kiri dan kanan... berwarna-warni penuh dengan pelbagai barangan. Walaupun hampir larut malam, pengunjung masih ramai seperti seakan waktu selepas senja sahaja. hmm. 

Dan dalam banyak barangan, mata saya tertarik dengan satu kedai binatang peliharaan. Mungkin kerna minat untuk memelihara binatang masih kuat. Jika pada zaman persekolahan dahulu, di rumah dipenuhi kucing-kucing. Sampaikan tidur juga dengan kucing apatah lagi bergambo, bercakap, mengadu, menangis juga dengan kucing. ahaks! Bak kata orang peminat kucing adalah mereka dalam kategori manja. owh.. mungkin benar! hubby Moose kurang minat kucing, mungkin jua kerna itu kurang manjanya tidak seperti wifey yang manja sehingga suara Itik katanya masih belum hilang. owh.. please!please! please! Please avoid the Quack Quack sound! argh!!! Agak sukar sebenarnya walau rasa mudah untuk berkata YA. Forgive ME hubby Moose!

Kebetulan bertemu juga dengan seekor Iguana yang berusia hampir 3 tahun yang menjadi salah satu tarikan ke kedai binatang peliharaan tersebut. Teringat pada Iguana milik brother Joe yang kami namakan Eurycoma Longifolia atau nama panggilannya Euryco. Iguana nampak sahaja ganas tetapi sebenarnya manja juga. Iguana haiwan herbivor yang hanya makan sayuran hijau. Warna badannya juga reaksi dengan persekitaran. Jika berada di kawasan hijau maka badannya akan lebih kepada hijau, dan jika banyak berada di dahan badannya akan berubah ke warna coklat kekuningan bagi mengelak serangan musuh dalam selimut. hehe. 

tiba-tiba terasa seperti mahu memelihara seekor Iguana sebab sekali pandang mukanya macam Dragon dalam cerita Merlin.. ahaks!

owh.. si comel manja yang menarik perhatian. Mata saya bukan sahaja terpaku melihat kasut bundle.. malah pesona dengan si comel yang pose manja di atas deretan kasut.{eh..lawa pula Dr Marten merah tu hiks!}. erm...mungkin saya perlu kembali berkunjung ke Uptown untuk bermain bersama Iguana atau si comel tersebut atau kerana tertarik dengan kasut bundle Dr Marten? ahaks!

 well well... SHOES+CAT=mrs CYANA's FAV!

No comments:

Post a Comment