Monday, December 17, 2012

* lil' Whitey in ME *

whitey.me by Cyana

Assalaam alaykom... sebelum dibuai mimpi indah mahu sahaja menjengah sebentar ke sini. Setelah seharian penuh dengan aktiviti melawat kedai komputer, ianya berbaloi bila bisa tersenyum melihat PROCESSOR memproses sedikit laju atau mungkin dengan bantuan RAM ianya membuahkan lagi senyuman sampai ke telinga. Cuti minggu ini majoritinya berada di kedai komputer dek kerna menghantar laptop-laptop bila mr DELL tenat kehausan papan keyboard, mrs MAC meminta tambahan kapasiti hardisk manakala mr ThinkPad diformat agar lebih berkuasa kuda. hiks! 

Maka sambil mrs Cyana melawat dari satu kedai ke satu kedai, berbaloi juga bila menghadiahkan diri dengan headphone dan power bank. Bak kata hubby Moose, selepas ini tidak risau lagi tentang kehabisan bateri dengan adanya powerbank. owh.. lumrah bila berpacaran dengan Gen Y ya...semuanya mahu canggih, pantas dan cepat agar selari dengan perkembangan teknologi semasa. 

btw.. mr ThinkPad juga berwarna keputihan. Adakah ianya menandakan permulaan tahun Masihi baru nanti juga akan lebih banyak item berwarna putih di sekitar saya? atau mrs Cyana cuba merubah citarasa kepada sesuatu yang putih contohnya kasut putih. ehhh? kasut putih pula yang terlintas di ingatan. ahaks! I want more and more Whitey! Anyway.. the whitey always make me smile! Good Nite!

No comments:

Post a Comment