Tuesday, December 18, 2012

* the Interest *

the sunset view by mrs Cyana

Assalaam alaykom... memandangkan mata masih belum mahu tidur tetapi gambo2 pula masih lagi belum copy ke dalam mr ThinkPad, so lebih banyak pending entry lagi di kala sedang kurang sibuk pada waktu malam. owh... sebenarnya sesuatu yang telah berjaya saya lakukan adalah tidak membawa pulang kerja ke rumah. hiks! Waktu kerja bermula dari jam 6.30pagi  iaitu waktu muncul di stesen komuter dan waktu pulang menjelang senja sambil menikmati permandangan langit kekuningan. 

btw gambo di atas adalah permandangan menjelang senja di stesen LRT Kelana Jaya. Jika ditanya pastinya stesen ini banyak meninggalkan kenangan. Selain terlupa tutup lampu kereta menyebabkan kehabisan bateri dan mr Blackie Civic juga turut hilang dari pandangan di stesen ini. Nasihat saya sekiranya mahu meletakkan kereta lebih baik park di kawasan dalam menggunakan Touch & Go. Tetapi realitinya week days anda perlu hadir sebelum jam 7.30 pagi jika tidak terpaksa juga parking di luar memandangkan tempat adalah terhad. 

owh.. berbalik kepada 'Interest'? Pastinya sukar untuk menidakkan kemahuan sendiri bukan? Interest saya pastinya mata tertumpu kepada electrical substation, tiang lampu atau tren selain kasut. hiks! Yang penting Interest itu bisa menyuntik senyuman. Buat sesuatu yang anda minat atau suka bisa meredakan kekosotan pemikiran dan merendahkan tekanan sekiranya ada. Chill babe!

No comments:

Post a Comment