Thursday, October 25, 2012

* be Rational *

morning sunrise by mrs Cyana

Assalaam alaykom... seketika terasa seperti malas untuk berkata2. Tetapi bukan kerna malas yang malas tetapi kerna terasa lidah seperti sudah tidak mahu berkata2 lagi. Bukan tidak pernah disuarakan tetapi tidak dipedulikan. ehh.. banyak pula tetapi kan? Mungkin saya sedikit lantang tetapi itu adalah saya yang cuba sedaya mungkin menegakkan keadilan... itu adalah saya jika perlu mempertahankan diri dari terus dipersalahkan. Kerna bila sampai satu masa, saya sendiri sudah tidak lagi mampu berdalih atau menanggung kesemuanya. hmm.

Terkadang terasa seperti mahu sahaja 'mementingkan diri' tetapi saya masih sayang akan kerja. Namun saya adalah sebahagian kecil yang mana jika sebahagian kecil lagi tidak membantu, saya seperti tiada fungsinya. Itu namanya 'teamwork' bukan? Bila mana saya sentiasa meletakkan kerja sebagai yang utama... agak kecewa bila ada yang mementingkan diri mereka sahaja. Sila berfikir secara rational dan reasonable, mana yang penting? mana yang perlu, mana yang wajib? mana yang harus? mana yang hendaklah diutamakan? Dan saya sentiasa mengingatkan diri kerja itu adalah sumber rezeki yang harus kita buat dengan ikhlas namun penat telinga mendengar kata2 sahaja kerja mesti ikhlas tetapi perbuatan mereka sebaliknya. Manis hanya dibibir bukan? Maaf bila mana sesekali saya perlu hipokrit juga. huh! Namun benar saya lebih rela dianggap seorang radikal tetapi saya tahu apa yang saya buat dan tidak akan menyalahkan orang lain jika saya LEMBAB atau LAMBAT bertindak atau TIDAK BERBUAT apa2. YA ALLAH... berilah cahaya kepada mereka2 agar lebih rasional dan peka dalam membuat keputusan. hmm.

Please be rational. Think wisely!!!!

No comments:

Post a Comment