Monday, September 10, 2012

* Suddenly!! *

 after.smokes by ME

Assalaam alaykom... Suddenly situasi minggu lalu seperti ketika hari pertama saya menyertai unit perolehan. Suddenly seperti lipas kudung dibuatnya, mahu pura2 tiada kerja pun tidak selesa walhal dalam hati resah memikirkan kerja yang sedang menanti. eh.. bukan hari2 pun bekerja kah? Bezanya minggu lalu setelah mendapat berita kemalangan salah seorang team member, maka secara langsung tugas hariannya yang berkaitan tender akan dipindah milik kepada saya selaku pemangkunya. owh.. bukan sesuatu perkara biasa, cumanya ia bukan bidang kepakaran saya. Mana tidaknya baru hendak mencari hardcopy dan softcopy.. mana yang perlu disemak, dengan siapa yang harus dirujuk? agaga!! Benar kata malang tidak berbau! Contohnya jika mahu bercuti pastinya kita akan menyelesaikan semua kerja agar bisa bercuti dengan tenang. Tetapi jika tiba2 jatuh sakit harus bagaimana? Suddenly semua kerja beliau harus berpindah milik serta merta walaupun hanya sekadar untuk dua minggu. huhu.

Lucu juga bila tiba2 saya seperti lipas yang tidak mahu berkata2. Sampaikan kertas di atas meja turut dimarahikan kerna otak sedang berserabut bila mana semuanya mahu segera disiapkan segera. Tetapi setelah siap semuanya, terasa senyum sampai ke telinga. Itu ganjarannya! ahaks! Jika orang itu ada pastinya kita tidak akan mempelajari hinggalah bila detik terpaksa. Maka keadaan 'PAKSA RELA' itu kadang kala baik bukan? owh.. jika dikaitkan dengan gambo puntung rokok di atas... bila dalam keadaan 'PAKSA RELA' seseorang perlu berhenti merokok, maka mereka BOLEH melakukan. Maksud tersirat adalah ANDA bisa melakukan jika ada kemahuan selagi tidak berputus asa. hmm.

No comments:

Post a Comment