Monday, August 6, 2012

* better future *

better future... why not?

Assalaam alaykom... Agak lama rasanya tidak berceloteh tentang tugasan harian.. emm, atau saya sendiri sudah sedikit penat dengan cerita kerja di ofis. owh.. terbaru unit saya akan berpindah lokasi iaitu 'workstation' akan berada di aras yang tidak sama dengan aras 'bilik tender'. Jika sekarang jaraknya adalah anggaran 30 langkah kaki, mungkin selepas ini berganda dua ditambah dengan naik turun tangga. grrr!!!! Adakah perpindahan lokasi ini bisa membuatkan mrs Tender menurunkan angka 'kg'? atau mungkin membuat saya terus bertapa di dalam bilik tender yang pastinya lebih aman damai mengadap wajah2 penender dengan senyuman. hiks. 

Walaubagaimanapun, saya senantiasa berfikir positif agar perpindahan itu bakal menghasilkan impak  dengan harapan perkembangan unit akan membuahkan kejayaan atau sekurangnya memberi perubahan kepada proses kerja yang lebih meyakinkan sesiapa yang berurusan berkaitan perolehan. 

Sedikit perubahan masa kerja buat keluarga kecil kami yang mana jika dahulu setiap malam pabila terbuka mata ternampak kelibat Insan Terchenta sedang bekerja dengan mrs Mac. Kini beliau mempunyai tempat kerja baru yang lebih selesa agar bisa menghasilkan kerja dengan lebih produktif. Dan bila mana Insan Terchenta komited dengan kerjanya masing2 mempunyai masa yang lebih terhad untuk bersama. He is workaholic!!! Anyway happy workin'...lebih baik banyak kerja dari tiada kerja bukan dan hanya duduk membuang masa. hmm. Lebih baik dilihat produktif dari dilihat kurang aktif. Enough said! Semoga perkembangan dan perubahan ini membuahkan hasil yang bermakna... for better future. InshaALLAH. 

4 comments: