Friday, May 4, 2012

* RETAK *

 R.E.T.A.K

Assalaam alaykom... gambaran retak lensa sebagaimana retaknya hati! hmm. Mungkin retak lensa bisa ditukar yang baru tetapi jika hati yang retak apakah pula ubatnya? Lensa yang retak itu jika diganti baru lenyaplah dari mata garisannya namun hati yang retak bisa berpanjangan selamanya...Garisan luka itu pasti akan terus terpahat. Maka lebih baik bukan hati yang retak kerna hati berkait rapat dengan jiwa dan sanubari. 

Retak hati bila melihat keadaan, kelakuan, perbuatan, senario fitnah yang berleluasa di tanahair tercinta. Retak lagi hati bila mana disalurkan berita yang tidak pasti kesahihannya. Retak hati bila negara demokrasi ini menyajikan bahan berita yang palsu! Mengapa ya? Mana satu yang benar? Berita di kaca TV-kah? Berita di dada akhbar utama-kah? atau berita dari telefon bimbit rakyat jelata yang sedang bangkit menyuarakan hak keadilan.. namun apakah akibatnya? 

Kecoh juga dikhabarkan bahwa rakyat yang selama ini penuh dengan sifat sopan santun telah berubah seperti sifat jiran2 dari negara Timur Tengah. Namun apa yang dikesalkan lain senario di tempat kejadian lain pula yang diberitakan. Apakah salah rakyat berhimpun? namun sukarnya bila pihak yang tidak membenarkan itu akan membuat bermacam cara. Menutup laluan lalulintas, maka akan marahlah rakyat yang bersesak di jalanraya. Menyembur gas pemedih mata..dan kerna itu juga rakyat terus bangkit melawan. Wujud juga pihak2 yang cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekecohan.. bermacam2 kaedahnya. Apa yang menarik kejadian lalu Pihak yang satu ini hilang kawalan ketika memandu sehingga terbabas keretanya. Ada pengacau yang cuba memporak peranda keadaan. Namun pihak satu lagi cuba membantu.. tetapi yang dikhabarkan bukan tentang bantuan tersebut.. yang dikhabarkan pihak yang satu itu bertindak ganas! Nau'zubillah min zalik.. Semoga ALLAH swt melindungi kita dari sebarang kekejaman.

No comments:

Post a Comment