Monday, April 23, 2012

* Yellow on Saturday *

 way.home

Assalaam alaykom... Apakah berita terhangat kebelakangan ini selain dari anak2 muda yang lari dari rumah mungkin dek kerna kurang kedamaian di kediaman? hmm. atau berita mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka menyatakan protes tentang pinjaman pendidikan atau berita pemimpin ramah mesra menemui rakyat? Dengar khabar pilihanraya bakal menjelang yang tidak pasti bila ya...tetapi apa yang dipapar di kaca media massa adalah pemimpin ke sana ke sini menghadiri jamuan bersama rakyat. Mahu bertemu rakyat perlu diadakan secara bermewahankah? Perlukah ada selebriti untuk menarik tetamu? Apa yang pasti kebanyakan tetamu yang datang diberi ganjaran iaitu Tshirt percuma! owh...sehelai sajakan? Tetapi buat congak ringkas jika satu program datangnya 5000 orang bak berita propaganda, sehelai Tshirt berharga RM25... sila tekan kalkulator ya! Itu baru sahaja satu destinasi.. jelajahnya satu Malaysia. {naseb cover beberapa negeri HOT sahaja!} Itu belum lagi mengira kos bunting, banner, makanan, minuman dan seangkatannya. Tetapi katanya itu bukan kempen!!! Namun apa yang sering sahaja dilihat kira bendera biru bersimbol LIBRA telah banyak berkibar di angkasa. Benarkah bantuan RM500 itu bisa meringankan beban rakyat? owh.. RM500 itu adalah perbelanjaan sebulan untuk saya mengisi minyak, membayar tol yang mahal dan tidak lupa juga membayar parking.. hmm. {eh.. RM500 tu harga sebuah beg Kelly Moore idaman kalbu.. hiks}

Lucunya jika dahulu berita pasti cover kemajuan negeri Selangor, pembangunan negeri Pulau Pinang... kini tiada lagi. Semuanya diberitakan yang kurang enak belaka. Sampaikan pembaca berita juga menasihatkan agar rakyat JANGAN TERLIBAT DALAM DEMONSTRASI!!! Bagaimana kaedah untuk meluahkan rasa sekiranya rakyat kecil tidak bisa bersuara? Tidak bisa bertanya? sigh! Kenapakah rakyat mula membantah? Mungkin kerna rakyat sudah ramai yang celik mata... Faktor utama adalah mencari KEADILAN! Tidak kisah SIAPA jua yang memerintah, apa yang didambakan sistem yang adil bukannya sistem kroni bak tender Tshirt yang mungkin diberi kepada kroninya? {eh.. mungkin pembelian Tshirt itu menggunakan quotation ya.. simple purchasing bukan? Open Tender? Closed tender? atau DIRECT tender? Sila semak kaedahnya!} 

Pernah dengar BERSIH 3.0!!! {Ada versi juga ya! ahaks!} Perhimpunan besar itu bakal berlangsung pada 28 April 2012. Jika tidak dapat turut bersama, pastikan anda memakai pakaian KUNING menandakan sokongan terhadap keadilan piliharaya. Baca artikel Saudara Hishamuddin Rais mengenai 28 April - Ibu segala demo!!! Kenapa BERSIH itu mempunyai versi. Baca objektif "DUDUK & BANTAH". Bersyukur kita masih berada dalam keadaan aman, damai harmoni walaupun tidak dilayan seadilnya. Yang pasti semakin hari semakin rasa tidak mahu lagi mendengar berita di media massa perdana. Enough Said!

No comments:

Post a Comment