Saturday, April 7, 2012

* the Talkshow @ PKNS *

Assalaam alaykom... sempena sambutan Jubli Perak PAS 25 tahun, pemerintahan PAS Negeri Selangor mengadakan sambutan di beberapa lokasi dan salah satunya di Kompleks PKNS Shah Alam. Bermula seawal pagi program Treasure Hunt yang dianjurkan manakala di PKNS dewan muslimat mengadakan talkshow bertajuk "Bilik-Bilik Cinta Muhammad SAW" yang mana ahli panelnya adalah Ustaz Zulkifli Ahmad, Naib Pemuda PAS Negeri Selangor, Yang Berbahagia Puan Azlin Hezri a.k.a IBU, mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Shah Alam dan juga Puan Mastura, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang sempat juga sempat berkongsi kaedah tatacara pembelian buku di perpustakaan yang menggunakan proses sebut harga. hmm. 

IBU sempat juga menyampaikan sajak pada penutup program talkshow tersebut yang moderatornya Cik Wan Suhaili salah seorang finalis Ustazah Solehah di TV AlHijrah.

IBU sedang menyampaikan amanat keluarga penyayang

YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam turut serta memeriahkan majlis

IBU menerima cenderahati dari YB Khalid Samad

Pn Mastura menerima cenderahati

IBU bergambar dengan para muslimat PAS Shah Alam

Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat bersama. Ameen.

No comments:

Post a Comment