Sunday, April 1, 2012

* PLUS tooo MINUS *

Assalaam alaykom... bermula bulan keempat bagi tahun dua puluh dua belas yang mana ketika ini sedang kembali menilai prestasi kerja. Apakah status kerja yang masih pending? Kenapakah masih pending dan masih tiada perubahan atau belum selesai? Itu mungkin kerna sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan masa yang akan menentukan. Dan bila nama bekerja dalam pasukan, bukan kerja seorang diri... kita perlu bekerjasama dalam mendapat kata sepakat atau apa yang terbaik buat syarikat. Sedikit ralat sebenarnya bila terdapat beberapa perkara yang masih pending dan tiada progress. Benar saya sedikit kecewa bila mana saya yang dipersalahkan atau orang melihat seperti tiada usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Namun saya perlu mengingatkan diri sendiri iaitu saya hanyalah berpangkat di tangga kedua yang masih dianggap tidak mampu membuat keputusan sendiri walaupun realitinya saya perlu memerah otak memikirkan idea dan kaedah terbaik untuk perlaksanaan tetapi jika tiada progress dari individu lain... apa daya saya bak mimpi dan berangan di siang hari dan kecewa di pertengahan jalan. Tetapi kenapa bila tiada progress, ianya seperti menuding jari ke arah saya. Mungkin itulah senario yang terjadi dalam organisasi besar yang penuh dengan birokrasi. Yang bekerja tidak kelihatan yang mengampu itu disanjung tinggi. Enough Said! 

owh.. semalam menghadiri Job Analysis Workshop, katanya kerja saya adalah di bahagian 'Execute' sahaja walau realiti harian adalah lebih kepada 'Plan, Manage, Execute and Control' ditambah dengan indirect decision making. hmm.

Namun saya sedikit kecewa bila mana pencapaian dianggap kurang baik berbanding tahun sebelumnya. Bila dikaji rasa telah berusaha lebih ganda namun pabila dari A+ kemudian mendapat A-, itu ralatnya. Kerna bila berada di tahap cemerlang, saya mahu terus cemerlang! Saya mahu mengekalkan A+ sebagaimana tahun sebelumnya kerna pabila usaha digandakan seakan adil jika mendambakan sekurangnya A bukan A- ya!!! {owh.. mungkin ada yang berkata masih kategori A, TETAPI plus or minus itu berbeza!} Sebenarnya itu bisa membuat semangat untuk terus CEMERLANG akan sedikit pudar bila analisa sepatutnya ganjaran diberi kepada warga kerja mengikut pencapaian bukannya mengikut rasa. Saya cuba memujuk diri agar menganggap mungkin bukan rezeki saya tahun ini namun seperti yang dirasa saya layak menerima bila bekerja tanpa berkira kudrat dan masa malah orang yang bergoyang kaki dan pandai berpura menerima ganjaran lebih tinggi dari yang seperti lipas kudung bekerja. hmm. Ketika ini saya cuba memujuk diri agar bekerja mengikut jawatan sahaja, bekerja mengikut 8 jam sehari ... no more office work di rumah {belajar melalui pengamatan senario} .... kerna saya perlu banyakkan masa berehat. Enough Said!

Alhamdullillah, semalam hari penerimaan ganjaran. Bersyukur di atas rezeki yang diberikanNYA dan sentiasa mengingatkan diri kerja itu adalah amanah, kerja itu tanggungjawab dan harus dilaksanakan sebaik mungkin. InshaALLAH.

4 comments:

  1. Begitulah realiti kehidupan. Bila pandai mengampu, buat kerja bagaikan tidak perlu. Tak mengapalah Cyana, sesungguhnya Allah jua Yang Maha Tahu.

    ReplyDelete
  2. Kakcik... kita redha jek bila dikelilingi mereka yang sebegitu. Asalkan niat kita bekerja tidak terpesong spt mereka. :)

    ReplyDelete
  3. babe, di tempat kami even our big boss mengeluh 'mende' yg sama..sapalah apatah lg kami. evaluation thn nie rata2 jatuh wp keringat yg diberi & kerja semakin b'tambah..uhuu..sedey bila di'evaluate 'sama saja'..lets learn d lesson!! aku juak nak kerja ikut MASA & JAWATAN saja~ btw syukurr dgn rezki ^_^

    ReplyDelete
  4. cK... mungkin sudah tertulis setakat itu sahaja rezki kita. Tp agak kecewa sket sbb kita dah letak extra keringat utk dapat lebih baik dari tahun sebelumnya. hmm. like your statement "aku juak nak kerja ikut MASA & JAWATAN saja".

    ReplyDelete