Monday, January 30, 2012

* Sahabat *

the FOUR of US

Assalaam alaykom sisters... Apa bezanya Sahabat, Teman, Rakan dan Kawan? Secara amnya kesemua memberi maksud yang sama iaitu seseorang yang menemani kita selain ahli keluarga. Mungkin perlu semak Kamus Dewan Bahasa jika mahu pengertian yang lebih jelas. hmm. Jika ditanya, saya mempunyai ramai kawan dan rakan tetapi sahabat atau teman bisa dikira dengan jari. Jika berduka jika gembira pasti mahu dikongsi bersama teman. Atau jika mahu pandangan atau kritikan merekalah juga yang akan berkata benar walau kadang akan mengguriskan hati orang yang bertanya.

owh.. "the FOUR of US" taken by mrs Cyana tahun lalu. Kanak2 Siam yang bila diminta bergambar terus tersenyum gembira. Begitu juga kami berempat yang pastinya akan bergambar bersama. Btw ianya juga merujuk kepada sahabat2 saya sejak zaman bangku sekolah. Kemana sahaja pasti kami akan berempat dan jika hilang pusing sekolah juga berempat. Setelah berbelas tahun meninggalkan bangku sekolah, kami masih bersama walaupun tidak sekerap dahulu bertemu kerna masing2 mempunyai agenda tersendiri. Dan bila bercerita, pastinya saya berbangga bila mempunyai sahabat2 seperti mereka. Tetapi semalam tiba2 satu perkara berlaku tanpa dirancang tanpa diduga. Bertemu dengan salah seorangnya dan dengan pertemuan tidak melebihi 5 minit itu bisa meninggalkan kesan yang lara. hmm.

Benar masing2 kami mempunyai personaliti dan karektor berbeza. Kareer juga berbeza kesemuanya... apa yang dapat saya katakan mungkin saya tidak mempunyai jawatan yang hebat seperti beliau tetapi sedayanya mahu membuat sahabat2 gembira bila bersama. Namun apa yang diperlakukannya hanya meninggalkan kekesalan. Entah mengapa di mana silapnya, alasan yang pasti didengar "owh.. tak mahu mengganggu sahabat yang sudah berkahwin". Kenapa perlu diletakkan tanggapan sebegitu? hmm. Apa pun jua saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kepadanya. Semoga persahabatan kita terus mekar walaupun tidak bertemu mata.

No comments:

Post a Comment