Saturday, January 28, 2012

* our good day *

friday morning by mr Moose

Assalaam alaykom... mulakan pagi dengan hati girang bila jalanraya lenggang. Walaupun keluar rumah agak lewat namun bisa sampai before-tyme. hehe. Gembira lagi bila ditemani insan terchenta yang rajin mahu menghantar wifey pergi kerja sambil tangan kanannya tidak henti2 mengklik iOS5. iskh!!! hampir sakit jantung dibuatnya, sambil memandu sambil edit gambo. Then mulalah wifey berbunyi... "mucab!!! kereta!!!" Pagi2 lagi sudah pitchin' tinggi... almaklumlah hubby Moose ton bass, maka wifey harus kontra-lah kan? barulah harmoni rumahtangga. hiks.

owh... dengan siapa lagi mahu bergurau jika bukan dengan insan terchenta? Walaupun kadang kala seakan beliau malas melayan kerenah wifey yang manja seperti itik nila... terpaksa tahan telinga. hmm. Dan bayangkan jika berjauhan? tiada lagi orang yang bisa melayan cerewet saya. Beberapa individu yang berasal dari kampung halaman yang sama iaitu Penang turut berkongsi rutin harian mereka yang nampaknya hampir sama...erk melipat pakaian sebelum masuk ke dalam almari haruslah seperti lipatan semasa membeli di pasaraya, setiap pakaian sebelum dicuci diasingkan mengikut warna dan jenisnya, memicit ubat gigi haruslah dari bawah ke atas dan bukannya dari tengah, selepas memasak tukang masak perlu mengemas dapur seperti sedia kala, hmm... jika saya mungkin itu perkara normal kerna telah mempraktikkannya sejak dulu lagi, tetapi mungkin yang tidak biasa akan menganggap seseorang itu cerewet. eh!! tersasar cerita! hehe. Actually sebentar tadi hubby Moose memberitahu beliau perlu pergi bekerja di luar kawasan untuk jangka masa yang panjang. Tiba2 wifey terdiam tanpa kata! So nanti kena balik kampung sorang2... kena makan malam sorang2... tidur tanpa penjaga malam. ahaks! Esok adalah hari terakhir untuk diluangkan bersama... selepas ini akan tiadalah pengkritik fesyen di pagi hari.. huhu.

Pesanan buat insan terchenta... "Nanti Mucab pergi tempat orang baik2 tau. Tidur ikut waktu, no more tidur selepas fajar, berjaga di tengah malam. ermm..esok Cie ajar CYG bancuh nescafe panas... eh teh o limau lemon yang Mucab suka tu. owh.. kena FACETIME selalulah!!!"

No comments:

Post a Comment