Sunday, January 8, 2012

* fenonema *

dua' for NINE zero ONE!!!

Assalaam alaykom...fenonema sembilan puluh lapan kembali lagi pabila seorang tokoh terkenal negara yang dihormati dan disegani telah dihadapkan ke mahkamah. Pastinya negara kita akan sekali lagi merasai fenonema seperti itu pada esok hari yang jatuh pada tanggal sembilan kosong satu a.k.a NINE zero ONE, tahun dua ribu dua belas. Secara peribadi saya amat menghormati tokoh tersebut mahupun keluarganya. Sempat bertemu mata dengan salah seorang anaknya yang saya kira bisa dijadikan srikandi negara dengan ketokohan dan kredibilitinya menjadi seorang ahli politik. Seingat saya tokoh tersebut adalah ahli politik pada mulanya tidak membabitkan ahli keluarga yang lain. Namun bagi membela dan mencari kebenaran, fenonema sembilan puluh lapan itu telah membawa ahli keluarganya terlibat secara langsung dengan politik. Begitu juga AYAH yang mula menjinak ke dalam dunia politik sejak fenonema tersebut walaupun sebelumnya tidak pernah terlintas untuk beliau berkecimpung dalam arena politik. Kerna bagi AYAH jiwa dan raganya adalah pada bidang akademik.

Bayangkan jika anda berada dalam keluarganya... bayangkan tuduhan yang diterimanya. Logik atau tidak? Macam2 boleh berlaku bukan? Itulah cabaran utama ahli politik bila mana ada pihak yang akan bermacam cerita demi menjatuhnya lawannya. hmm. Saya fikir permulaan tahun baru ini agak hambar dengan cerita sebegini. Walaupun kami sekeluarga telah diingatkan bakal menghadapi musim pilihanraya tahun ini, pastinya subjek utama akan berkisar sembilan kosong satu dan ketidakadilan kepada sistem kehakiman negara. Saya percaya rakyat negara ini telah diajar di sekolah terdapat beberapa badan yang BEBAS tidak terikat dengan kerajaan. Namun sejauh manakah keBEBASannya? huh!

Sumber utama rakyat Malaysia seperti surat khabar dan media perdana juga dicemari dengan berita yang tidak 100% kesahihannya. Dimana keadilan ya? Benar kata pepatah Anda akan berkuasa bila mempunyai wang ringgit berjuta lemon. Bila mana saat genting sedang dihitung, pemimpin ada yang sibuk ntah ke mana? Tidak sensitifkah dengan situasi semasa.. hmm.

Semoga apa yang diputuskan esok adalah adil dan saksama. Semoga keluarganya juga akan terus mendapat keredhaan ALLAH. May ALLAH give them strength! Ameen.

2 comments:

  1. FYI, pasal tu Tunku Abdur Rahman pernah cakap, kerajaan pimpinan baru (Mahathir) adalah kerajaan kuku besi... sebab media semua controlled by gomen...



    papehal aku harap PAS akan jadi seperti dulu balik...disegani dan ditakuti parti lain...

    ReplyDelete
  2. bro pha_tlee,

    agree. semoga caturan politik kembali kepada tunggak perjuangan parti. Ameen.

    ReplyDelete