Saturday, December 31, 2011

* dream *

the fly by hubby Moose

Assalaam alaykom... entry penutup tahun masihi 2011 sebelum menjengah ke tahun masihi 2012. Pastinya banyak cerita gembira dari duka, Alhamdullillah.. mungkin kerna saya lebih gemar cepat2 meninggalkan segala luka, maka lebih banyak cerita yang bisa menghiburkan hati dikhabarkan berbanding yang meninggalkan pahit hitam. hmm. Banyak juga yang berlaku dan banyak juga cabarannya. Jika tahun sebelumnya tercungap dengan kisah kerjaya, tahun ini masih juga sama. Hinggakan hubby Moose insan terchenta sendiri menyatakan saya hilang fokus bila mana mahu membuat semuanya. hmm. Tiba2 my dear sista in law pula berkata rindu mahu melihat gambar honeymoon saya. owh... yang pasti saya belum dapat pergi honeymoon bersama dalam suasana romantika. hehe.

Seperti karangan jika ada pembuka pasti ada penutup.. atau jika dalam subjek bahasa Melayu lebih popular dengan rumusan yang mana ketika dulu tersangat susahnya mahu memerah otak membuat rumusan. Seketika saya diingatkan brother Joe yang mana satu masa dahulu saya pernah mengarang cerita novel. owh.. baru teringat kisahnya berkenaan seorang gadis kacukan yang jatuh cinta dengan seorang skater boy. ahaks! Rupanya dari zaman sekolah saya suka mengarang, cuma ianya sekadar mengisi masa lapang. Terkadang ada yang menegur cerita saya di blog yang mana disini lebih banyak idea yang diluah berbanding di luar sana. Mungkin agak pelik jika rakan2 jarang berjumpa saya sewaktu gatherin' diluar.. hmm. Itu mungkin kerna saya jarang membuat janji dek kerna masa adalah terhad. Sedayanya masa lapang mahu dihabiskan dengan insan terchenta.

Berbalik kepada cerita blog, sedar atau tidak bakal menjangkau ke tahun yang baru. {owh benar saya kurang aktif di Facebook. hehe} Kadang waktu saya tersenyum hairan pabila mendapati pembacanya dari seluruh pelusuk dunia. {thank you to all silent readers}. Dari Israel juga ada pembacanya? pelik bukan? Jika dari negara lain, mungkin mereka klik suka2, namun kadar purata pembacanya sepanjang tahun hampir sama. hmm. Dan saya juga mungkin seperti mereka bertindak sebagai silent reader dan sesekali hanya komen pada kenalan yang sama sahaja. Yang lain hanya singgah membaca dan tersenyum melihat perkembangan rakan bloggers.

Bako by hubby Moose

Cerita menarik sepanjang tahun 2011 adalah ketika berjalan2 melawat tempat orang. Sebenarnya lebih gemar melihat budaya dan cara hidup mereka. Yang pasti hajat mahu ke Bako telah terlaksana. Alhamdullillah. Tahun 2011 juga banyak membawa saya terbang ke sana ke sini atas tuntutan kerja. Sampaikan ada rakan2 yang nakal menyatakan "owh kerap sangat meninggalkan suami terchenta" huhu. Benar! hubby Moose banyak ditinggalkan sendirian ataupun kami terpaksa terpisah dek kerna tugasan di tempat berlainan. Saya juga sudah tidak banyak dapat shootin' bersama hubby Moose. Manakala hubby Moose kini sudah beralih ke arah shootin' event berbanding shootin' majlis kawen. Hasilnya pasti di koleksi album FBnya.

Superb!!! Awesome collections CYGku! Cabarannya adalah pabila berdamping dengan insan seni yang hebat, anda juga mahu setanding dengannya. Dan kadang terasa semakin hari semakin ketinggalan skills kerna jarang juga berdamping bersama mr D7. owh.. tahun ini menyaksikan pertukaran mr Blackie kepada mr Bla-soo, pertukaran gadget iaitu mr Niko kepada mr D7, semuanya hasil dari titik peluh hubby Moose yang tidak pernah mahu membiarkan wifeynya ketinggalan dari mengikuti arus perkembangan teknologi.

owh... pasti gembira bila bercuti ke Beijing tempoh hari. Saya sangat berharap suatu hari saya bersama insan terchenta dapat melancong bersama berdua. hehe. Masih segar lagi pabila hubby Moose bersusah payah menelefon wifey yang berjauhan. Dalam diam, risaunya hubby Moose tidak diduga... dan kerna itu setiap kali berjauhan, pasti panjang berjela pesanannya mengalahkan wifey yang bercakap tanpa henti. hehe. owh jika ditanya azam dan impian pasti berbaris senarainya. Namun apa yang pasti impian mahu menimang cahayamata kerna sudah bosan sebenarnya bila selalu ditanya bila mahu menimang cahaya mata. Masih belum rezeki memiliki anak sendiri. Dan sehingga kini kami juga masih belum sedaya berusaha ke arah itu mungkin kerna masing2 sibuk dengan kerjaya sampaikan terleka sebentar yang kami harus mempunyai warisan. hmm.

Selain itu, saya sangat berharap ABAH & MAMA dapat melihat sendiri anak mereka beraksi sebagai pengacara majlis. Bayangkan sampai kini mereka hanya mendengar cerita dan sesekali hanya mengetahui perkembangan anak melalui blog. hmm. Saya mahu mereka berasa bangga seperti mana ketika nama anak mereka diumumkan sebagai pelajar terbaik. Tidak tergambar dengan kata2 bagaimana perasaan mereka ketika itu. Dan hanya itu yang mampu saya balas kepada mereka kerna mereka tidak pernah mengharap pengorbanan mereka dibalas dengan wang ringgit. Semoga ganjaran yang selayaknya diberikan kepada para ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan dan memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka. Hanya ALLAH swt yang dapat membalas jasa ibu bapa kita. Ameen.

lurvely man... just right behind me

Syukur kepada ALLAH swt saya ditemani insan terchenta yang sentiasa menyokong dan memberi semangat ketika saya berduka. Banyak pahit manis bersama... hanya doa yang mengiringi kami berdua agar bahagia selamanya. InshaAllah. Dan satu perkara yang mungkin berat untuk saya pertimbangkan bila mana insan terchenta meminta saya berehat dari bekerja. hmm. Benar saya terlalu leka bekerja sampai ada ketika mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mungkin jika tidak bekerja sepenuh masa, saya akan berkecimpung dalam bidang perniagaan. Realitinya saya berasal dari keluarga ahli perniagaan yang mampu menyara hidup keluarga walaupun tidak semewah mana. hmm. Semoga Yang Maha Esa bisa memberi petunjuk apa yang terbaik untuk hambanya yang kerdil ini.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Semoga hari esok akan lebih baik dari sebelumnya.

2 comments:

  1. happy new year sharna... semoga 2012 jadi lebih baik utk kita.. :)

    p/s:x pernah nak buat azam sbb yg pasti tiap2 hari aku berazam yg aku jadi lebih baik drp sebelumnya.. :)

    ReplyDelete
  2. marvic... happy new year to you too...

    azam tu jadi yang lebih baik dari hari sebelumnya.. itu yg lebih baik.

    ReplyDelete