Wednesday, October 19, 2011

* food and food *

Assalaam alaykom... berehat sebentar minda setelah seharian penat meneliti jalanraya dan jem pabila hujan. hmm. Alangkah bahgia jika ofis terletak berdekatan jarak rumah, maka tidak perlu keluar seawal pagi atau pulang hanya menjelang malam. haih!!! mental juga perlu kental untuk menempuh jem tanpa roti gardenia di tengah jalan. ahaks!

Cabarannya esok hari kerna bermulanya 'Projek PTK'. Apa itu PTK? Maksudnya adalah Penyelarasan Dokumen Tender & Kontrak.. untuk memudah cara ringkaskan ke PTK. Agak lama tidak menerajui projek, bezanya kali ini timeline tidak diplot pada gantt chart. hehe. Apa yang pasti, doakan agar mudah perjalanannya. Bukan mudah untuk saya yang tiada 'procurement basic' cuba merombak separuh dari proses sedia ada. Dari manual, SOP, kandungan dokumen, tatacara, surat tawaran dan sistem e-vendor semuanya mahu segera. Saya sedang mencuba mencapai target KPI di tangan kanan dengan tugas rutin manakala tangan kiri dengan tugas sampingan. Dan saya hanya berehat sekiranya mata terlelap awal... Itu kerap kali berlaku, bak kata hubby Moose 'Cie tidur mati'... itu barangkali tidur yang enak bila mana minda berehat sama. hmm.

Berhenti bicara tentang kerja... mari layan makanan pula. Actually saya baru perasan menu bulan ini adalah koay teow. Pagi koay teow dengan ayam goreng, lunch char koay teow, malam koay teow tomyam, sup etc. hehe {nasib tekak tidak mudah jemu dengan hidangan yang sama}

char koay teow with tauge. So makan koay teow nie perlu extra masa 15 minit untuk mengalihkan tauge. hehe

Shah Alam beef koay teow.. only at Kedai Kopi

mee Bandung Johor

auww!! berjaya makan nasi dengan sup daging

tukar selera sket... cheese nan yang nyaman!
{patutlah berat bertambah semula.. ahaks}

No comments:

Post a Comment