Friday, September 16, 2011

* mrs Cyana TANPA mr Moose *

Assalaam alaykom... sempena bulan eidul fitr yang mulia, pastinya ramai yang mengambil kesempatan mengunjungi saudara mara. Jika mempunyai kelapangan, dijemput memeriahkan jamuan eidul fitr yang dimasak secara 'rewang', iaitu masak secara bergotong-royong beramai2 yang mana merupakan salah satu tradisi yang masih utuh di Kuala Selangor. Malam ni raya sekampung di Kg Ijok, kediaman terletak di belakang Masjid Nurul Iman. Silakan datang bersama keluarga ke kediaman Tuan Hj Arif..Ketua Kampung, Kg Ijok. The Wayfarers akan berada disana bersama2 AYAH dan IBU. My bother in law, brother Muadz akan turut membuat persembahan malam ini. Anyway, mrs Cyana bakal bersibukan seorang diri tanpa mr Moose, tulang belakang saya yang akan berangkat ke daerah lain. Walaupun keadaan begini sesuatu yang biasa tetapi bila semua Wayfarers berkumpul tanpa hubby Moose, pasti terasa ketiadaannya. hmm.

Esoknya, The Wayfarers akan berada di Grand Perdana Ballroom, Blue Wave Shah Alam untuk menata majlis dan membuat persembahan di Majlis Resepsi sister Tasnim & brother Aiman yang juga sahabat karib my brother in law, brother Muawwidz. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Ameen.

the bunting by hubby Moose...
Tema cinta yang menarik. hmm.

Ahad jemputan ke Majlis Mesra Eidulfitr di Dewan Orang Ramai Jeram. Dewan ini terletak di tepi jalan utama, jika melalui jalan sana... jemputlah singgah menjamu selera. Maaf sekiranya kami tak dapat hadiri undangan raya yang lain. Terima kasih kerana menjemput, jika ada kelapangan pasti kami akan sampai. InsyaALLAH.

p/s: du'a for hubby Moose's journey to Tasik Kenyir. Semoga selamat pergi dan pulang. Muahx.

No comments:

Post a Comment