Wednesday, August 24, 2011

* think REMEH *

back from taraweeh :)

Assalaam alaykom... Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tetapi rasanya ketibaan Syawwal agak hambar kali, cuma hati rasa tak sabar mahu menyambut eidul-fitri bersama keluarga di Penang. Kebiasaannya keluarga saya juga mengamalkan sistem eid-bergilir. Jika tahun lepas first of Syawwal di Shah Alam... maka tahun nie first Syawwal kami akan berada di Penang. InshaAllah. Bezanya di Shah Alam menyambut bersama keluarga yang besar, rutinnya solat jemaah di Kuala Selangor kemudian berkunjung ke rumah keluarga beramai2. Namun tahun ini, kami semua bakal berpisah sementara kerna masing akan pulang beraya di rumah keluarga sebelah mentua. Agak sunyi Baitul Ar-rahmah pada ketibaan Syawwal nanti. hmm.

owh.. mood sekarang sudah mula berstatus cuti! Nak update blog pun malas! haih!!! MALAS! MALAS! NO MALAS!!!!! Itu sikap yang tidak baik untuk dicontohi. Avoid malas... kerna bermula dari malas, akhirnya kita bisa kecundang jika nanti terlalu lama berdamping dengan malas. hehe. Saya juga bakal bercuti seminggu... owh.. mula terasa lama, tetapi bila menconteng kalender September.. haih! cuti pun masih memikirkan kerja. Selain itu kelainannya nanti selepas bercuti, mrs Boss akan terus sambung cuti bersalinnya selama 2 bulan. Bestkan cuti bersalin lama2. Itupun bagi puan empunya badan pasti akan menyatakan dua bulan itu tidak cukup lama.. hmm. Saya kira itu adalah pengorbanan seorang Ibu yang berkareer. hmm.

Sepanjang ketiadaan mrs Boss nanti, saya selaku orang di sebelah kirinya akan memangku tugas2 berkaitan tender/sebut harga... {lucky me tiada penender yang menghantar hamper! kerna itu akan dikira salah jika saya menerimanya secara individu}. owh...nampak gaya saya harus mengganti mrs Boss untuk setiap mesyuarat berkaitan unit kami memandangkan ciri2 saya yang suka bercakap and fast response. hehe. Kadang risau juga bila kata2 kita mengundang tergurisnya hati orang lain, mungkin kerna saya lebih agresif? sebab lain juga saya tidak pandai mahu bermuka2. Jika ada yang salah... saya akan tetap bersuara! Saya percaya untuk berjaya kita perlu berfikiran terbuka, dan bisa menerima teguran orang. bak kata hati mau kental babe!!! Orang tegur saya 'bongok' pun saya masih tersenyum kerna senyuman itu sedekah. Kadang kita terlupa perkataan yang keluar dari mulut bisa meninggalkan seribu kenangan dalam minda orang lain.

Bulan Ramadhan yang mulia harus kita manfaatkan sebaiknya. Entah kenapa hati ini masih belum terbuka untuk menerima kemaafan. Saya bukanlah seorang pemarah, jauh sekali pendendam. Saya mengambil konsep biar orang buat jahat dengan kita tetapi kita harus memberi yang terbaik untuk orang lain. hmm. Tetapi jika sesuatu yang terjadi "itu" begitu amat meninggalkan kesan... hmm. Seperti yang berkata yang remeh itu lebih mudaratnya. Benar! Seperti yang mengambil remeh bila 'sign' invoice misalnya tanpa disertakan 'tarikh signature' atau mungkinkah anda 'sign' pada invoice yang tidak bertarikh? Perkara remeh bukan? Mengapalah perkara remeh begitu suka bikin ribut? Tetapi terfikirkah anda tentang impaknya? Pernahkan anda terfikir 'invoice' itu tidak SAH sebenarnya dek kerna tiada 'tarikh' sahaja. Think and Think. Happy sahoor everyone!

7 comments:

  1. Kakcik faham apa yang Cyana rasa itu. kakcik pernah buat kerja 'mengaudit' invois, sebutharga dan sebagainya - perkara 'remeh' itu memang kadangkala menjadi perdebatan yang tiada kesudahan! :(

    Selamat menyambut Hari Raya yang bakal tiba, Cyana. Semoga bergembira dan jaga keselamatan walau di mana berada.

    ReplyDelete
  2. walaupun gue idak buat audit, tapi pasal benda2 remeh pada mata orang lain la yang buatkan gue asik kena g MOA repair benda yang diorang silap buat or tertinggal isi...

    ReplyDelete
  3. bebb!! awat tak join hrtu??

    selamat hari raya maaf zahir& batin....
    ampunkan semua salah silap eh...

    nanti dtg rumah den!

    ReplyDelete
  4. Kakcik..dah nama pun kerja. kita buat yang terbaik. Selamat Hari raya Kakcik. Harap gembira bersama keluarga menyambut bulan mulia Syawwal.

    ReplyDelete
  5. phatlee.. ko tau la kan peel orang2 kita tu. suka amik mudah. hmm

    ReplyDelete
  6. queenin... nnt kita story mory morning glory. hehe. Selamat Hari raya. Kalo wat open house jgn lupa jemput. hiks.

    ReplyDelete
  7. x lupa jugak ramai kat sana tukang mudah.my...hehehehe...

    ReplyDelete