Sunday, August 28, 2011

* OUR lil' Eidulfitri *

Assalaam alaykom...sayu rasa hati pabila Ramadhan akan berlalu pergi. Entah siapa tahu jika ini merupakan Ramadhan terakhir kita. hmm. Jika berada di zaman kanak2 setiap kali menjelang eidulfitri pastinya gembira.. kerna ketika itu barulah dapat pakaian baru kategori "kacak" dan "mahal" sebab beli di supermarket. hehe. Untuk mendapat pakaian yang baru lagi terpaksalah menunggu eidulfitri yang berikutnya. Begitulah zaman kanak2 saya yang mana ketika itu pendapatan Abah seorang yang bekerja. Ayam? owh dapat makan ayam sebulan sekali pun dah happy sangat! Masa berlalu begitu pantas... kini pakaian baru tak perlu menanti eidulfitri lagi. Itu perbezaan dahulu dan sekarang... ekonomi keluarga sudah meningkat. Namun sehingga kini masih lagi terdapat keluarga yang masih daif dan susah. Sejenak termenung mengenangkan betapa bertuahnya saya... mahu A dapat A mahu B dapat C, walau kadang dapat yang berlainan tetapi masih mendapat sesuatu yang dihajati dengan senyuman sampai ke telinga. hiks.

Ramadhan hanya tinggal sehari sahaja lagi. Jika dahulu masuk ke hari kedua Ramadhan, pasti saya sudah sibuk mengepos kad raya untuk sahabat2 BFF dan keluarga. Namun dengan teknologi terkini, kad ucapan digantikan dengan e-card atau e-sms atau e-tweet mungkin. Semuanya hanya dihujung jari sahaja... cuma jika ditanya saya lebih suka kad ucapan traditional. Tahun ini seperti tahun yang lalu hanya menerima sekeping kad raya bercetak! yang lain semuanya e-card. Saya juga tidak menghantar kad raya lagi memandangkan malas mahu mencari setem dan post-box. haha. Gembira pabila mendapat email ofismate dari seluruh Malaysia dengan pelbagai versi e-card...sekurangnya dapat melihat wajah2 rakan2 yang bekerja di KBB dan Gudang.


Proudly present .... the version of mrs Cyana's e-card!!!

Salam Syawwal dari keluarga besar The Wayfarers!!! Pelita yang menghiasi laman Baitul Ar-Rahmah. Designed by hubby Moose yang penuh dengan simbolik. Lurve it!!!

e-card Human Capital & Admin Division. Bergambar ramai2 di ofis, ermm ramai juga yang tiada. Keluarga besar department saya di BERNAS yang ceria semuanya. Designed by me... guna powerpoint jek. hiks!

Another e-card dengan wajah2 ceria.. hehe. e-card from Kelab BERNAS Malaysia HQ. Designed by mr ArifMuda, designer merangkap official photographer di BERNAS.

OUR lil' family e-card!!! Simbolik Masjid Negeri Shah Alam yang indah permai ketika fajar menyinsing. Captured and designed by my lurvely hubby Moose. Awesome!

Salam Eidulfitri buat semua ahli keluarga, kenalan, sabahat rakan taulan yang jauh yang dekat. Semoga ketibaan Syawwal kali ini membawa pengertian yang lebih bermakna buat kita insan kerdil yang hanya menumpang seketika di dunia yang fana. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap hubby Moose dan wifey Cyana sepanjang perkenalan kita. Halalkan makan dan minum kami dan semoga hubungan kita semua akan lebih mekar dan berkekalan sampai ke akhirnya. InshaALLAH.

P/S: tengah malam akan berangkat pulang ke Penang. Make du'a for OUR lil' journey.

No comments:

Post a Comment