Wednesday, July 13, 2011

* Rainforest World Music Festival 2011 *

Date: 10th July 2011
Location: Sarawak Cultural Village, Santubong Sarawak

Assalaam alaykom...kembali bersiaran dari tanah Semenanjung walaupun ceritanya mengenai event di Bumi Kenyalang. hehe. Acara pelancongan tahunan yang popular di negeri Sarawak iaitu Rainforest World Music Festival yang mengumpulkan peminat2 muzik dari serata dunia. bagi penggemar muzik amnya, di sana mereka dapat menonton ahli2 muzik yang begitu kreatif dan unik dengan cara persembahan yang tersendiri. Kalendernya ditetapkan setiap minggu kedua bulan Julai setiap tahun. Bertempat di Kampung Kebudayaan Sarawak (Sarawak Cultural Village) di Santubong tahun ini diadakan pada 8 Julai sehingga 10 Julai 2011, menampilkan 22 artis dari serata dunia yang hebat dengan persembahan masing2.

btw kami yang menyertai 'the BORNEO Escapade', pergi ke RWMF pada hari ketiga iaitu Ahad, 10 Julai 2011. Sampai di Kampung Kebudayaan Sarawak dengan menaiki bas transit yang disediakan dari Damai ke Santubong. Bersiar-siar melawat rumah2 tradisional yang terdapat di negeri Sarawak dan menonton music workshop sementara menanti konsert pada waktu malam. Konsert bermula seawal jam 7 malam sehinggalah berakhir pada jam 12 tengah malam. Bagi peminat muzik, pastinya memanggil lagi untuk ke sana... begitu juga bagi photographer tegar yang tidak berhenti menembak sambil melayan mata dan halwa telinga. hehe. Sebelum melayan cerita penuh percutian team BORNEO Escapade, layan cerita konsert dulu ya.

Pics courtesy by hubby Moose's FB
{cie copy yer CYG.. tQ.. hehe}

permandangan di perkarangan pintu masuk... tapak Celcom

menuju ke tapak konsert...
{bila agaknya saya dapat shoot gambo simbolik sebegini... hiks}

persembahan pembukaan oleh Mamak Khadem dari Iran

Startijen dari France....anak2 muda yang menyampaikan muzik unik gabungan negeri2 di Perancis, Spain dan Britain

DuOud dari Tunisia dan Algeria

mirip Kenny G kan?

Kenge Kenge Orutu System dari Kenya.... mantop!!!

Kissmet dari United Kingdom

Finale yang menggabungkan semua pemuzik2 yang menjayakan Rainforest World Music Festival 2011. Semua persembahan yang menarik dan masing2 berjaya menampilkan keistimewaan mereka tersendiri. Thumbs up!

No comments:

Post a Comment