Tuesday, July 19, 2011

* the BORNEO Escapade team *

Salaam sisters & brothers... mari berkenalan dengan team Borneo Escapade yang bersama selama 5 hari 4 malam.. owh.. merata tempat kami pergi, bermula dari Airport Kuching bergerak ke Gunung Gading di Lundu kemudian Fairy Cave di Bau, melawat orang utan di Semenggoh, bermalam di rumah panjang di Annah Rais, melancong ke Taman Negara Bako yang kaya dengan pokok bakaunya, then ke Rainforest di Santubong dan diakhiri dengan town tour di bandaraya Kuching, Sarawak. erm... suatu pengalaman yang menarik walaupun kami sedikit penat pabila setiap hari mengangkut beg pakaian ke sana ke mari. Itu belum dikira lagi menaiki bukit dan mendaki gua. hehe. Namun perjalanan kali ini memang menarik. Jika di lihat pada peta, bentuk perjalanan kami adalah berbentuk bintang bucu lima. hiks.

Jika ada rezeki, we all mahu kembali lagi ke Bumi Kenyalang tetapi mungkin berhajat mahu ke kawasan pendalaman pula.. hmm. Seriously I LOVE SAGHAWAK!!!!! owh... mari berkenalan dengan para peserta Bornoe Escapade secara dekat...

brother Keris Tuah from Penang, kebetulan hari pertama menjejak kaki ke Sarawak, brother Keris Tuah menyambut ulang tahun kelahirannya. Peminat 'nature' and 'black & white'

brother Asri from Penang, juga Peminat 'nature'. hasil2 gambonya memang meletop

brother Rul Amin peminat macro & modellin'.

sista Nor, wifey brother Asri yang comel dan kecil molek

miss Kantan, yang sedikit malas mahu membawa mr nik yang berat...kini sedang menetap di utara tanahair.. hehe.

hubby Moose yang penuhnya seperti mandi jek.
erm.. peminat 'candid','nature' & artistic photography

mr Azman Hezri.. the organizer

brother Ali Naufal... yang tersengih memakai Tshirt rasmi Borneo Escapade

brother Malindo a.k.a mr driver a.k.a tourist guide

owh.. tidak lain tidak bukan, mrs verangan yang menjadi puteri main buaian. erm.. mrs Cyana loves 'life style', 'candid moment' & 'pose style' .. ahaks!!

the Borneo Escapade team pose at Sarawak Cultural Village...
{credit to hubby Moose for this lovely photo}

No comments:

Post a Comment