Friday, June 3, 2011

* Parlimen Belia *

Assalaam alaykom... owh tajuk sememangnya tiada kaitan dengan foto pilihan. Cupcakes comel bak Parlimen Belia yang kebelakangan ini yang sering diwar2 di media masa. Rasionalkah Parlimen Belia diwujudkan? Benar ianya akan memberi peluang kepada belia2 yang lantang bersuara mengenai politik secara amnya. Namun beberapa garis panduan akan diwujudkan kepada Parlimen Belia sekira ianya menjadi kenyataan. Tetapi jika dibandingkan dengan Parlimen sebenar tiada had larang dikenakan ketika berhujah atau sebaliknya. Mengapa pula Parlimen Belia perlu dikenakan garis panduan? ianya seolah2 Parlimen Belia akan berada di bawah had telunjuk sesetengah pihak sahaja. owh.. kecoh juga dikatakan sasaran 1 juta belia membanjiri Putrajaya minggu lalu. Benarkah belia yang hadir mencecah angka sejuta? atau banyak juga belia yang terlebih matang.. atau belia yang datang atas tujuan yang lain juga. Bayangkan beratus2 acara di anjurkan, pastinya ramai yang hadir kerna kepelbagaian program bukannya kerna mahu menyahut seruan penubuhan Parlimen Belia yang hanya akan menjadi boneka sahaja! Mengapa perlu membazir ke arah itu sedangkan lebih elok jika dana itu di salurkan sebagai subsidi gula!!! { baru lebih manis bila berkata2.. ahaks!} hmm.

Saya melihat segelintir Belia kini telah bangun menyuarakan pendapat melalui perbuatan, naluri dan kata2. Kebangkitan Belia yang mengugat sebenarnya... kerna kebangkitan yang pastinya lebih agresif. Harus dikaji kenapa Belia mula mengorak langkah? mula bersuara? Lebih baik jika setiap Kementerian secara amnya mendidik dan mempunyai pelopor dari golongan Belia. Tetapi rata2 Belia Matang yang masih gila kuasa yang tidak mahu memberi ruang atau peluang kepada Belia Muda. owh..saya juga tergolong dalam Belia namun kerna kurang minat dengan politik... lebih baik saya mencurah tenaga kepada yang lebih memerlukan dari membuang masa mendengar kata2 manis mengenai pembaziran penubuhan Parlimen Belia.

No comments:

Post a Comment