Sunday, June 12, 2011

* MEMORIES with STUDENT *

Assalaam alaykom...kenangan bersama dengan anak2 warga BERNAS di Program Skor A Anak Warga BERNAS 2011 masih lagi terbayang2. Keriangan dan keceriaan wajah mereka mengubati penat lelah. Tak terasa siang berganti malam.. hehe. Sekejap benar rasanya 4 hari 3 malam di sana. owh.. cabarannya agak berlainan bila mana berdepan dengan peserta2 dari peringkat umur bawahan. Sambil kita bercakap di pentas, sambil itu juga mulut2 mereka berbunyi di bawah pentas. haih!!!! Menguji kesabaran sungguh! hehe. Lumrah ada juga yang nakal dan tidak mengikut peraturan tetapi itu adalah perkara biasa. Saya juga ketika di bangku sekolah begitu juga! ahaks!!! owh...sempat juga berkongsi cerita dan pengalaman saya di bangku sekolah dengan peserta SPM. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika sepanjang program saya agak garang.. owh, muka pastinya agak serius!! hehe. Ada pelajar yang saya marah hanya kerna tidak mahu memenuhi kerusi di barisan hadapan..grr!!!! Disiplin itu yang paling utama.

Memandangkan peserta2 ramai yang tidak mahu memenuhi kerusi barisan hadapan kerna SATU! Mereka takut di soal cikgu. Sebenarnya cikgu juga lebih berminat dengan pelajar di barisan hadapan mungkin kerna pelajar menunjukkan komitmen dan yang di barisan belakang biasanya di penuhi dengan pelajar yang mahu mengambil kesempatan untuk tidur. Dan yang di barisan tengah adalah pelajar yang berstatus selamat. Dengan itu setiap kali kelas saya akan memesan "Siapa yang masuk lambat ke kelas, sila duduk di hadapan. Jika mahu memilih kerusi yang selamat anda perlu datang awal". Berkongsi cerita saya, sewaktu di sekolah saya duduk di barisan tengah... hasilnya saya selalu berstatus "hilang" atau "sibuk dengan urusan sendiri". Maka dengan itu juga mungkin saya hanyut dibuai alam sendiri. Saya hanya sedar menjelang 2 bulan peperiksaan SPM. Dan hasilnya... pencapaian bukanlah dipenuhi bintang. Dan hasilnya saya harus melalui jalan jauh demi untuk mengenggam segulung ijazah.

Dan kerna itu juga, bila di kolej dan UNI... saya akan duduk di barisan hadapan. Sekurang-kurangnya saya menumpu perhatian di dalam kelas. Itu penting kerna saya sedar saya bukanlah berstatus "ulat buku" dan saya tidak suka akan "library". hmm. Saya sedar suatu masa dahulu, saya telah mengecewakan ABAH & MAMA untuk melihatnya anaknya berjaya. Dengan itu, saya berusaha membalas kekecewaan mereka itu dengan pencapaian cemerlang di peringkat seterusnya. Untung adik2, dapat mengikut program sebegini. Zaman saya dahulu saya langsung tidak mengikuti mana2 program pendidikan bahkan pula saya bukan dibesarkan dalam keluarga ilmiah. Maka unsur2 itu kita sendiri yang perlu cari demi menentukan masa depan yang gemilang. {owh.. panjang pula membebel. Sila abaikan! hehe}

Layan cerita dengan gambo2 kenangan yang sempat dirakam semasa di program tempoh hari.

mrs Cyana in POSE!

tugas rasmi sebagai juruacara yang tak cukup tinggi... ahaks!

breakfast nasi lemak dan hari2 baca Berita Harian

peace mr photog!

with adik2 UPSR

with adik2 SPM yang separa nakal tapi mendengar kata.. hiks!

cover! cover! mau nanges... hehe

with penulis skrip cilik yang berbakat besar

again with adik2 UPSR yang comel

with one of my student {eh.. bila jadi cikgu plak? ahaks!}

with adik2 SPM... {eh eh! sama tinggi jek!! grrr}

with adik BOB and BOK yang sangat sportin' dan penuh komitmen

again with adik2 UPSR yang berjaya membuat persembahan

alamak!!! OVER-expose!!!

courtesy from sis Chenta Violet's FB

pulang jek dari Pendang... terus mencari teh ais buat penghilang dahaga! hehe. Terima kasih kepada penyumbang buah mangga.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Terima Kasih juga kepada para peserta yang telah memberi kerjasama yang baik dan memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Mohon maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa dan segala kekurangan itu datangnya dari kesilapan saya sendiri. Banyak kenangan yang dapat di abadikan bersama. Semoga KITA dapat bertemu lagi. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment