Thursday, June 16, 2011

* hitam putih KEHIDUPAN *

HITAM PUTIH kehidupan!

Assalaam alaykom... dimana mahu saya mulakan? Tetapi rasanya saya perlu juga luahkan apa yang terpendam.. {ewahhh.. rasa seperti beri statement di paper sahaja}. Ceritanya bila saya menyertai syarikat dahulu, my EX-Miss Boss memang kurang beri galakan untuk aktif dengan aktiviti luar selain kerja2 di pejabat, maka banyak aktiviti terpaksa diabaikan. Sehinggalah pada penghujung tahun 2009, saya menyertai program yang KBM anjurkan.. ketika itu mungkin kerna sistem AX sudah stabil dan masalah sistem sudah berkurangan. owh, banyak sungguh masa terluang... sampaikan terpaksa mencari hobi baru untuk menghilangkan rasa bosan.

Mungkin rezeki, bila mula melibatkan diri dengan program... saya ditawarkan menjawat AJK KBM HQ. Okay.. saya terima dengan niat mahu memberi khidmat sedaya yang mampu dan cuba untuk bergaul dengan pelbagai peringkat umur selain dari hanya tertumpu dengan kerja. Dan setelah beberapa ketika berada dalam barisan kelab, dapatlah melihat pelbagai kerenah juga, bukan hanya dari ahli2 yang hanya pandai mengkritik sahaja tetapi cabaran berhadapan dengan barisan AJK yang agak kurang proaktif. Secara tulus saya akan mengkritik orang2 yang hanya pandai mengatur kata tanpa berbuat apa2. Secara terang saya tidak akan menyokong mana2 AJK yang hanya memegang jawatan tetapi tidak melakukan tugasnya. Baik anda meletak jawatan dengan rela dari hanya menjadi boneka. hmm.

owh.. kata2 saya mungkin sedikit kasar, tiada berlapik jika hati sedang panas. Tetapi apa yang bisa saya simpulkan, ada yang hanya mahu mencari kesempatan, ada yang mahu menjaga kepentingan sendiri. hmm. Dan mungkin juga warga kerjanya juga sudah biasa dengan kemewahan dan kesenangan. Kerna itu juga mengadanya di tahap maksima. Bila dipanggil mesyuarat, mahu di sajikan dengan makanan dan minuman. Bayangkan jika isu susu kurang lemak juga bisa menjadi punca untuk kritikan. huh! {fikir datang mesyuarat ker datang makan2?}Sila ubah pemikiran anda, kerja itu adalah amanah! Jangan hanya kerna datang mesyuarat diberi elaun, maka barulah penuh bilik mesyuarat. Jika tidak? merungut selamanya. Mungkin saya sedikit tegas dan berkeras dalam hal2 sebegini kerna saya tidak mahu lagi berdamping mereka2 yang mementingkan diri sendiri... setiap kali mesyuarat perlu di jemput dengan panggilan telefon walhal sudah di email lebih awal. Itu belum lagi di ambil kira janji Melayu, mesyuarat jam 3.. hadir jam 3.30 petang. owh.. orang lain juga sibuk! Maka sila hargainya masa2 orang2 lain juga.

Yang menimbulkan kepanasan hati kerna separuh hari ini, saya habiskan masa melayan kerenah warga kerja yang tidak tahu langsung mahu bertolak-ansur! Dan bila berhadapan dengan orang yang menjawat 'jawatan' tetapi kerja lepas tangan, itu benar2 menguji kesabaran. Saya faham jika berdepan dengan mereka2 yang lebih tua, saya perlu lebih hormat. Bila berbicara tentang kerja.. anda harus bisa menerima pendapat orang lain, anda perlu lebih bertoleransi. enuff said! Fikirkanlah tanggungjawab yang kita pikul, ianya adalah AMANAH kepada kita. hmm.

No comments:

Post a Comment